Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Harga LPG Tidak Naik - KPDNKK

Kenaikkan sebanyak RM7 setong mulai tahun depan adalah tidak benar

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) -- Laporan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan sebanyak RM7 setong mulai tahun depan adalah tidak benar, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memberi jaminan harga LPG masih kekal seperti harga ketika ini.

"Laporan yang menjadi viral dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna," kata kementerian itu.

Kementerian itu meminta agar mana-mana pihak merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1299125