Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya 4 Dec 2016


Himpunan ini akan mengumpulkan NGO-NGO serta tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara. Antara tokoh yang akan bersama dalam himpunan ini ialah YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,  Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia. Tokoh - tokoh agamawan seperti para Mufti, Qadhi, imam dan para pendakwah turut akan hadhir bagi menyatakan kebersamaan dengan derita Rohingya. 

Oleh : Us Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS)

1. Himpunan Solidariti  Ummah untuk Rohingya anjuran Ngo-Ngo Islam Malaysia akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 4 Disember 2016 
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Stadium Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

2. Himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti rakyat Malaysia bersama dengan Umat Islam Rohingya yang sedang dibunuh dan dihalau secara zalim dari tanah air mereka.  

3. Himpunan ini juga akan mengumpulkan NGO-NGO serta tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara. Antara tokoh yang akan bersama dalam himpunan ini ialah YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,  Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang turut diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan pandangannya bagi menangani isu Rohingya.

4. Tokoh - tokoh agamawan seperti para Mufti, Qadhi, imam dan para pendakwah turut akan hadhir bagi menyatakan kebersamaan dengan derita Rohingya. Selain mereka juga akan memimpin solat hajat dan munajat.

5. Marilah kita sama - sama menjayakan Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya ini dengan turut hadir berhimpun sebagai tanda kebersamaan kita dengan saudara Islam yang sedang bergelut menyelamatkan maruah hidup mereka dalam dunia yang gelap hitam kerana dizalimi regim yang kejam.

Sekian.