Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Kerajaan digesa batal pengambilan pekerja dari Myanmar

Sebagai reaksi awal membantah kekejaman dan penindasan terhadap etnik Rohingya, kerajaan perlu segera membatalkan dasar pengambilan pekerja asing warga Myanmar
ALOR SETAR: Kerajaan digesa membatalkan dasar pengambilan pekerja asing warga Myanmar sebagai reaksi awal membantah kekejaman dan penindasan dilakukan terhadap etnik minoriti Rohingya di negara itu ketika ini.

Presiden Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia, Che Hassan Che Johan berkata, kebergantungan pada pekerja asing dari negara itu adalah tidak perlu memandangkan masih ramai pekerja asing dari negara jiran yang boleh mengisi pekerjaan di pelbagai sektor di negara ini.

"Kami juga mendesak kerajaan agar menghentikan lanjutan permit kerja kepada warga Myanmar yang bekerja di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yakin, Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak dan keupayaan untuk mengambil tindakan tersebut atas dasar kemanusiaan sejagat.
-- BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-digesa-batal-pengambilan-pekerja-dari-myanmar-124102