Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

1.3 juta penonton seluruh dunia saksi gol ajaib Mohd Faiz Subri

mengatasi jumlah tontotan jaringan pemain lain seperti Lionel Messi dan Neymar



Setakat jam 2 petang tadi, 1,348,827 penonton telah menyaksikan video gol ajaib jaringan penyerang Liga Malaysia dari Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri sekali gus mengatasi jumlah tontotan jaringan pemain lain seperti Lionel Messi dan Neymar.

Jaringan itu tersenarai dalam tiga jaringan terbaik dunia untuk seterusnya dipilih menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Gol sepakan gunting pemain kelab Corinthians dari Brazil pula, Johnath Marlone berada di tempat kedua dengan tontonan sebanyak 885,572 kali sementara gol sepakan percuma Messi di tempat ketiga dengan 879,423 tontonan.

Calon lain bagi anugerah itu ialah Mario Gaspar (Villareal/Sepanyol), Hlompho Kekana (Mamelodi Sundowns/Afrika Selatan), Saul Niguez (Atletico Madrid/Sepanyol), Hal Robson-Kanu (West Bromwich Albion/Wales), Simon Skrabb (Gefle IF/Finland) dan Daniuska Rodrigue (Venezuela).