Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Kongres Rakyat Perak Bakal Bawa Suara Masyarakat Pelbagai Latar

15 isu rakyat akan dibentangkan kepada semua bagi mencari solusi serta mengatur pelan tindakan sebaiknya.


Oleh : Zulhafeez Ahmad Zahidi

IPOH: Kongres Rakyat yang bakal diadakan pada 11 Disember bakal membawa pelbagai isu dan krisis masyarakat agar ia mampu menemui solusi terbaik bahkan menjadi titik permulaan kesedaran rakyat, demikian menurut Pengerusi Pertubuhan Kuliah Dhuha, Ustaz Wan Tarmizi Abdul Aziz, 5 Disember lalu.

Jelasnya, melalui persidangan itu sekitar 15 isu rakyat akan dibentangkan kepada semua bagi mencari solusi serta mengatur pelan tindakan sebaiknya.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Kongres Rakyat Perak menyatakan pendekatan melalui perbincangan adalah satu usaha terbaik menyediakan jalan penyelesaian tidak hanya sekadar membantah.

"Penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO dalam Kongress Rakyat ini membuktikan rakyat kini menghadapi pelbagai krisis yang akhirnya memberikan tekanan kepada hidup serta meretakan budaya masyarakat setempat.

"Krisis kehidupan rakyat semakin lama terus membelenggu terutamanya berkaitan dengan kegawatan ekonomi, jika ia berlarutan masyarakat dipenjara oleh hutang negara dan tekanan hidup berpanjangan," ujarnya.


Program tersebut bakal berlangsung di D Hotel Seri Iskandar pada 11 Disember ini dengan kehadiran pelbagai wakil NGO dan media.