Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Sejarah Sama Walaupun Zaman Berbeza

Hakikatnya 14 tahun sebelum perhimpunan ini direalitikan pernah berlangsung syarahan isu Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka yang menampilkan Dr Mahathir Mohamad dan Ustaz Fadzil Mohd Noor pada 8, Mei 2002.

Oleh: Walid Ameerul Haq

Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya yang berlangsung hari ini membuktikan Islam Akan bersama dalam isu pembelaan maruah umat Islam.

Hakikatnya 14 tahun sebelum perhimpunan ini direalitikan pernah berlangsung syarahan isu Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka yang menampilkan Dr Mahathir Mohamad dan Ustaz Fadzil Mohd Noor pada 8, Mei  2002.

Latar dan situasi sama pada masa itu keranan melibatkan rundingan kerjasama dan persefahaman antara parti orang Melayu serta gerakan Islam Malaysia berada di pentas bersama menyatakan krisis umat Islam antarabangsa.

Keberadaan Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia jelas membuktikan prinsip dan perjuangan membela maruah umat Islam tidak pernah bernoktah.

Kemunculan pemimpin dua parti orang Islam utama di atas satu pentas pada tahun 2002 itu mencetuskan kejutan, harapan bahkan bagi sesetengah pihak, keresahan dan kebimbangan penyatuan kuasa politik Melayu.

Ramai dalam kalangan orang Melayu pada masa itu mahukan penyatuan dan kerjasama dua parti demi perpaduan kerana landskap negara memperlihatkan pembangkang lebih popular dan parti pemerintah tergugat.


Sejarah berulang dengan suasana sama walaupun zaman berbeza namun kesungguhan kepimpinan Islam membela golongan lemah membatasi sempadan geografi serta fahaman politik.

Dengan penjelasan yang tegas walaupun lunak bicara Tuan Guru Presiden PAS, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang benar memukau sesiapa sahaja.

Tiada siapa menyangka percaturan Allah SWT mengatasi segalanya, liputan secara langsung dari media arus perdana  mengambil peluang mendapat sisi pandang terbaik bagi menyajikan kepada rakyat gambaran himpunan bersejarah itu

Benarlah, perjuangan memerlukan pengorbanan maka pengorbanan dipasakkan dengan kesabaran lantas dibumikan melalui kesungguhan yang akhirnya menatijahkan impak serta hasil di luar pemikiran manusia.