Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

YARM tidak akan sebelahi mana-mana pihak - Zakaria

Hindarkan sikap ego dan sombong diri agar segala perbuatan dan keputusan yang dibuat akan berlandaskan pada nilai integrit yang tinggi.
Pendirian YARM yang tidak menyebelahi mana-mana pihak telah menjadikan YARM badan Pertubuhan Bebas yang Telus dan dipercayai dalam Perjuangan Memerangi Rasuah. 

Kepercayaan ini terbukti dengan program-program anjuran parti politik dan badan-badan NGO dengan YARM bersama-sama duduk membincang, merangka, bertukar pandangan dan pendapat serta Majlis Ikrar Sumpah Anti Rasuah oleh PAS, UMNO, PARTI AMANAH RAKYAT, IDEAS, C4 dan banyak lagi.



TONGGAK 7 YARM


1. TIDAK
Rasuah Adalah Bapa Kepada Segala Jenayah. KATAKAN TIDAK

2. TAHU
Tahu Bahawa Rasuah Adalah SATU Kesalahan Dan Hukuman Nya Tersangat Berat Dan Di Laknati TUHAN. Neraka Jahanam Tempat Bagi Persauah.

3. TENGOK
Tengok Rasuah. Lapurkan Kepada SPRM Melalui Fax,  Pejabat SPRM, SMS Atau E-mail.

4. TEGUR
Tegur dan Nasihat Kawan-Kawan, Adik Beradik, Suami Isteri, Saudara Mara dan Anak-Anak. Teguran Kita Adalah Kerana Kasih Sayang Pada Mereka Dan Ingin Menyelamatkan Mereka Dari Penjara Dunia Dan Neraka Jahanam.

5. TOLAK
Tolak Rasuah. Rasuah Adalah Lebih Jijik Dari Najis. Rasuah Adalah Pengkhianat, Penderhaka dan Penghancur Negara.

6. TINGGALKAN 
Tinggalkan kalau Pernah Terlibat Dalam Rasuah. Cermin Diri. Benci Rasuah Perosak Harga Diri

7. TAUBAT
Taubat Pada Yang MAHA ESA Dan Mohon Keampunan NYA. Pintu Keampunan Sentiasa Terbuka. TUHAN MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.     

Jauhkanlah hidup kita dari sifat tamak, mementing diri, tidak amanah dan mementingkan diri sendiri. Buatlah apa yang boleh kita buat. 

Jangan buat perkara yang kita tidak boleh buat seperti maksiat dan perbuatan haram. Tanamkan sifat Tawqa dan Integriti dalam menghadapi dugaan hidup yang penuh dengan cabaran. 

Jangan kita ambil mudah dalam memperolehi sesuatu dengan perbutan yang salah dari sisi agama mahupun undang-undang. 

Hindarkan sikap ego dan sombong diri agar segala perbuatan dan keputusan yang dibuat akan berlandaskan pada nilai integrit yang tinggi.

Jadilah Ahli YARM dengan melayari www.yarm.org.my bersama-sama kita memerangi Rasuah.

TANGGUNGJAWAB MEMERANGI RASUAH ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

SELAMAT MENYAMBUT 2017