Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

14 Pejabat Tourism Malaysia Di Seluruh Negara Ditutup Serta-Merta


Langkah penutupan 14 Pejabat Tourism Malaysia dijangka mampu menjimatkan kos berjumlah kira-kira RM6 juta setahun yang boleh dimanfaatkan untuk perbelanjaan lain.

ALOR GAJAH - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengarahkan kesemua 14 buah pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara ditutup serta-merta bagi mengelakkan pertindihan promosi sektor itu di setiap negeri.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kemampuan Pengerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan unit pembangunan lain di setiap negeri dilihat sudah memadai dalam mempergiatkan sektor pelancongan.

Katanya, langkah itu juga dijangka mampu menjimatkan kos berjumlah kira-kira RM6 juta setahun yang boleh dimanfaatkan untuk perbelanjaan lain.

"Setiap negeri kini mempunyai Exco dan unit pembangunan pelancongan masing-masing malah kita tidak mahu tugas itu bertindih.

"Walaupun kesemua pejabat Tourism Malaysia ditutup, pejabat operasi kementerian masih beroperasi mengikut wilayah seperti di Pulau Pinang, Terengganu dan Johor," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina 2017 dan ulang tahun pertama Freeport A'Famosa Outlet (FAO) di sini hari ini.

Jelasnya, penutupan itu bagaimanapun tidak melibatkan pemberhentian kakitangan dan pegawainya kerana kesemua mereka akan diserap ke ibu pejabat kementerian dan jabatan lain. - K! ONLINE