Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Berjasa tiada nama tambahan 'parti' atau 'koperasi'


 Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada PAS, Ikatan dan juga Berjasa akan menyertai Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai blok yang ketiga,


KUALA LUMPUR:
 Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) tidak mempunyai sebarang nama tambahan sama ada perkataan 'parti' atau 'koperasi'.


"Selain daripada itu, dalam hayat Berjasa tidak pernah ada seorang presiden yang bernama Datuk Seri Dr Mustaffa Maulut. Semakan boleh dibuat di ROS bahawa nama sebegitu tidak pernah ada kaitan dengan pihak kami. Presiden Berjasa yang sah adalah Haji Abdul Kadir Mohamad," ujar Timbalan Presiden Berjasa, Brig Jeneral Datuk Hashim Karim (B) pada sidang media di sini, hari ini.



Justeru, katanya apa sahaja yang telah diterangkan, diakui, dijanjikan, dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Mustaffa sebagai Presiden Berjasa adalah tidak mewakili polisi, dasar dan pendirian Berjasa. 



"Itu adalah pendirian beliau sendiri dan bukanlah atas kelulusan, persetujuan dan sebahagian daripada dasar kita," katanya. 



Jelasnya, logo Berjasa adalah bintang putih berlatarbelakangkan warna hijau tua.



"Mulai hari ini saya berharap tiada lagi kekeliruan tentang siapa Berjasa yang sebenarnya.



"Di samping itu juga saya ingin memaklumkan bahawa Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada PAS, Ikatan dan juga Berjasa akan menyertai Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai blok yang ketiga," tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY 8/1/2017

Sumber: 
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43839-berjasa-tiada-nama-tambahan-parti-atau-koperasi