Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Himpunan 355: Sokongan Rakyat Melangkaui Pelbagai Warna

"Tidak mampu untuk lakukan perubahan total, maka berubah dalam perkara yang boleh dilakukan sudah cukup bermakna bagi masa depan negara. Sudah sampai masanya negara ini memerlukan perlaksanaan syariah untuk mengekang pelbagai perkembangan mungkar dan apa yang paling penting adalah berusaha untuk membentuk sebuah negara yang bebas murka Allah swt."

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO-NGO Islam yang telah berkerjasama dalam menjayakan Himpunan 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari 2017 membuktikan usaha memperkasakan mahkamah syariah di Malaysia mendapat sokongan semua pihak.


Tidak membezakan fahaman politik dan latar belakang semua bersatu demi melihat peranan mahkamah syariah mampu dinikmati serta mendapat fungsi sebaiknya demi kebaikan umat Islam.

Antara pertubuhan yang turut sama sebagai penganjur Kongres Rakyat, Majlis Sekretariat Ulamak Umarak (UMUM), Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Peguam Musliam Malaysia, Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (PINTA), Majlis Ittihad Ummah Malaysia ( ITTIHAD), Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Pertubuhan Pendukungn & Pencinta Ulamak (GENG USTAZ) , Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia( PROFESIONAL) dan Pertubuhan Pembela Pembela Islam (PEMBELA).

Menurut Pengarah Himpunan 355, Ustaz Nasrudin Hasan bertemakan purple akan siri kempen serta roadshow 'Road to #H355' sedang berlangsung dan kini marak keseluruh negara.

"#H355 mengangkat tema Syariat diperkasa, Rakyat sejahtera. Malaysia perlukan perubahan.

"Tidak mampu untuk lakukan perubahan total, maka berubah dalam perkara yang boleh dilakukan sudah cukup bermakna bagi masa depan negara.

"Sudah sampai masanya negara ini memerlukan perlaksanaan syariah untuk mengekang pelbagai perkembangan mungkar dan apa yang paling penting adalah berusaha untuk membentuk sebuah negara yang bebas murka Allah swt.

"Sekaligus mengundang rahmat dan berkat dari Tuhan yang Maha Mencipta," ujanya.
Nasrudin berkata, Himpunan 355 (#H355) adalah bermaksud memugar semangat dan sokongan seluruh rakyat agar terus bangkit berjuang, berdoa dan memastikan Parlimen Malaysia yang berlangsung pada 6 Mac hingga 6 April akan datang, meluluskan Pindaan Akta 355 melalui sikap positif dan sokongan ahli - ahli parlimen yang ada sekarang.

PAS terbuka bersama demi memperkasakan peranan mahkamah syariah untuk kebaikan bersama.

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33180