Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

PAS tolak salam perdamaian DAP

DAP telah mengkhianati PAS dan tidak mungkin parti itu terjerat lagi dengan permainan mereka.


KOTA BHARU 25 Jan. - PAS menegaskan bahawa parti itu menolak sebarang kerjasama dengan DAP meskipun Penasihatnya, Lim Kit Siang cuba menghulurkan salam perdamaian.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, DAP telah mengkhianati PAS dan tidak mungkin parti itu terjerat lagi dengan permainan mereka.

“Saya juga merasakan DAP ini mempunyai strategi dan agenda dengan kembali mengajak PAS bekerjasama. Apa jua keadaan, kita memang tolak kerjasama ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan van kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini hari ini.

Kelmarin, Kit Siang mengeluarkan kenyataan sanggup bekerjasama sekali lagi dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika Abdul Hadi bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.

Sebelum ini, DAP mengambil keputusan memutuskan hubu­ngan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan PAS yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan dan pada masa sama DAP menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur. – UTUSAN ONLINE