Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Rayuan Untuk Tetap Di Dataran Merdeka

Sekretariat memberi jaminan bahawa himpunan ini akan menyerlahkan bentuk himpunan aman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman.Pihak kami menggesa agar DBKL dapat menimbang semula permohonan kami, dan pihak kami akan memastikan perjalanan himpunan akan berjalan dengan penuh tertib dan tenang.

Sekteriat Himpunan RUU355 telah menerima surat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertarikh 13hb Januari 2017 yang menolak permohonan kami bagi mengadakan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka.

Dalam penolakannya, DBKL langsung tidak memberikan sebarang hujah mengapa permohonan kami ditolak.

Pihak kami akan membuat rayuan bagi meneruskan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka.

Bagi kami, himpunan ini perlu diadakan di Dataran Merdeka kerana ia satu himpunan sejarah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan berpaksi kepada sikap hormat menghormati antara kaum dan agama bagi mengamalkan tuntutan agama setiap penganutnya.

Sekretariat memberi jaminan bahawa himpunan ini akan menyerlahkan bentuk himpunan aman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Pihak kami menggesa agar DBKL dapat menimbang semula permohonan kami, dan pihak kami akan memastikan perjalanan himpunan akan berjalan dengan penuh tertib dan tenang.

Untuk makluman pihak DBKL, kami akan menyediakan 2,000 petugas dan sukarelawan bagi memastikan himpunan ini berjalan dengan penuh tertib sebagaimana yang dirancang.

Salam takzim dari kami.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengerusi Himpunan RUU355