Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Ribut petir di perairan Perak, Selangor, Sarawak



KUALA LUMPUR: Ribut petir dijangka berterusan hingga pagi ini di perairan Perak, Selangor dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya memberi amaran bahawa keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

“Ribut petir juga berlaku di perairan Selat Melaka dan Reef South dan dijangka berterusan hingga pagi ini. Ia boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Sementara itu, keadaan cuaca pada sebelah pagi di Semenanjung dilaporkan hujan di satu dua tempat di kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka di satu dua tempat di semua negeri di Semenanjung.

Di Sarawak, MetMalaysia menjangkakan mulai 1 hingga 3 Februari hujan sederhana lebat berlaku di bahagian Barat dan Tengah di sebelah pagi, manakala sebelah petang hingga awal malam, hujan dan ribut petir dijangkakan di beberapa tempat di semua bahagian.

Di Sabah dilaporkan terdapat hujan di satu dua tempat di kawasan pantai di bahagian timur Sabah, manakala hujan dan ribut petir di satu dua tempat di semua bahagian pada waktu petang dan awal malam. (BHONLINE)