Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Himpunan 355 (18 Februari) Bukan Bersifat Politik-Srikandi Malaysia


Orang Melayu yang semestinya Islam saya yakin akan turun kerana ianya adalah untuk Islam dan umat Islam sendiri. Ini adalah melibatkan isu perundangan Islam dan saya yakin ianya tidak melibatkan politik langsung. Perhimpunan ini dan isu yang dibawa adalah atas hal ehwal umat Islam dan bersifat ‘non partisan.

KUALA LUMPUR: ‘Himpunan 355’ untuk menyokong pemerkasaan Mahkamah Syariah dengan pindaan kepada RUU 355 yang dianjurkan oleh PAS pada 18hb Februari ini, akan disokong padu oleh ngo-ngo Melayu Islam kerana ianya tidak bersifat politik. 

Hal ini ditegaskan oleh Pengasas Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia), Dato’ Norashikin Abd Ghani yang menegaskan pertubuhan ngo-ngo Melayu Islam tidak keberatan untuk menyokong himpunan tersebut kerana ianya diadakan atas nama Islam semata-mata. Malah seluruh rakyat Malaysia juga digesa untuk bersama-sama menyokong himpunan tersebut kelak. 

Beliau yakin bahawa sokongan daripada orang-orang Melayu Islam akan dicapai dengan jayanya kerana ianya melangkau mana-mana fahaman politik. 


“Orang Melayu yang semestinya Islam saya yakin akan turun kerana ianya adalah untuk Islam dan umat Islam sendiri. Ini adalah melibatkan isu perundangan Islam dan saya yakin ianya tidak melibatkan politik langsung. Perhimpunan ini dan isu yang dibawa adalah atas hal ehwal umat Islam dan bersifat ‘non partisan’”. 

Katanya lagi, hanya sesetengah ahli politik yang masih suka membuat polemik dan menggambarkan ianya sebagai bermotifkan politik. Hal ini disambut pula oleh segelintir daripada kelompok masyarakat kita yang masih melihat dari sudut ianya dibentangkan oleh ahli PAS, lantas terus melabelkannya sebagai bermotifkan politik. 

“Kita harus faham bahawa Ahli Parlimen Marang membawa isu itu atas nama Islam dan bukannya politik.” 

Paduka Ibunda Srikandi Malaysia itu juga menegur dan menggesa supaya orang ramai melihat dan mengkaji pindaan Akta 355 supaya lebih faham dan jelas bahawa ianya bukanlah isu politik seperti yang cuba dimomokkan oleh sesetengah pihak. Atas dasar itu juga, Srikandi Malaysia memberi jaminan akan menggerakkan kekuatan bagi menjayakan himpunan pada 18 Februari nanti.

Read more at: http://www.menara.my/himpunan-355-18-februari-bukan-bersifat-politik-srikandi-malaysia/