Tergugatkah mereka andai RUU355 berjaya dilaksanakan?
Belum pernah dalam sejarah, orang bukan Islam di dakwa di Mahkamah Syariah.
Pada tarikh 18 Februari 2017, satu sejarah telah tercipta apabila Perhimpunan Solidariti RUU355 berjaya diadakan dan dihadiri kira-kira lebih 300 ribu orang. Inilah kali pertama satu-satu perhimpunan mampu mengumpulkan seramai ini peserta sepanjang beberapa perhimpunan diadakan oleh pihak Pakatan Harapan mahupun BERSIH.
Kesemua mereka ini berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka keatas Rang Undang-Undang 355 (RUU355) yang telah di cadangkan secara persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tujuannya hanya satu, untuk memperkasakan sistem perundangan syariah di negara ini yang sekian lama tidak pernah di gubal semula mengikut peredaran zaman.
Harus diingat, RUU355 ini bukanlah hukum hudud seperti yang didakwa oleh para penentannya. Malah, menerusi insiatif yang dijalankan oleh PAS dan UMNO sebelum ini, kesedaran mengenai RUU355 ini dilihat semakin luas dan sekaligus menepis sebarang dakwaan, RUU355 ini adalah modal politik PAS dan UMNO.
Menariknya, semasa perhimpunan ini diadakan, terdapat beberapa orang pemimpin Melayu turut mengadakan demo yang dihadiri kira-kira tidak sampai 100 orang. “Selebriti” seperti Siti Kassim, Datuk Zaid Ibrahim dan beberapa orang lagi dilihat begitu bersungguh-sungguh menyampaikan dakyah songsang bagi mengelirukan ramai pihak berhubung RUU355.
Persoalannya, andai RUU355 berjaya meraih sokongan yang diperlukan di Parlimen, adakah mereka tergugat dengan Rang Undang-Undang ini? Adakah dengan terlaksananya RUU355 ini, ianya bakal menginaya umat Islam seperti yang mereka laung-laungkan dalam himpunan kecil mereka? Adakah kaum Cina dan India turut menerima tempias dengan terlaksananya RUU355 ini nanti?
Apa yang boleh disimpulkan dengan gerakan dari beberapa orang yang pada kad pengenalannya adalah Islam tetapi menidakkan hak Islam terlaksana di Malaysia, mereka sebenarnya melihat dari sudut politik semata-mata tanpa memperdulikan hakikat sebenar, cabaran perundangan Islam di negara ini benar-benar terancam.
Mereka lebih senang menakut-nakutkan sebilangan individu kononnya, PAS dan UMNO sudah bersetuju untuk melaksanakan sistem hudud. Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh PAS dan UMNO ini sebenarnya untuk memperkasakan Rang Undang-Undang Syariah yang sekian lama mengguna pakai sistem yang lama yang dilihat sudah tidak relevan dengan kehendak masakini.
Tidak timbul isu akan ada satu-satu kaum akan terinaya akibat perlaksanaan RUU355 ini. Belum pernah dalam sejarah, orang bukan Islam di dakwa di Mahkamah Syariah. Jadi sudah jelas di sini bahawa RUU355 adalah memperkasakan Rang Undang-Undang untuk umat Islam di negara ini sesuai dengan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
http://www.pru14.tv/2017/02/20/tergugatkah-mereka-andai-ruu355-berjaya-dilaksanakan/
Post a Comment