Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Kita Mesti Tegak Untuk Bersama-Sama Menegakkan Hukum Allah Hukum Al-Qur’an - Zahid Hamidi



Saya menyeru diri saya dan kita semua untuk merenung kembali untuk tempoh yang panjang bahawa perimbangan-perimbangan kepada soal sakhsiyyah di kalangan kita. Biar pun kita berbeda pendapat di dalam banyak hal, tetapi di dalam soal agama, kita jangan berbeda pendapat, kerana dalam perlembagaan kita telah menentukan bahawa agama Persekutuan adalah agama Islam. Jika hak kita untuk menentukan hala tuju dan masa depan kita, jika kita mahu meletakkan hukum untuk kalangan kita, dan kita dicabar, maka adakah kita mahu mengizinkan orang lain untuk mencampuri hal kita? Kita mesti tegak untuk bersama-sama menegakkan hukum Allah hukum al-Qur’an. - Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia


(UCAPAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI, SEWAKTU MERASMIKAN MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QUR’AN PERINGKAT KEBANGSAAN DI MELAKA PADA 3 APRIL 2017)


“Saya menyeru diri saya dan kita semua untuk merenung kembali untuk tempoh yang panjang bahawa perimbangan-perimbangan kepada soal sakhsiyyah di kalangan kita. Biar pun kita berbeda pendapat di dalam banyak hal, tetapi di dalam soal agama, kita jangan berbeda pendapat, kerana dalam perlembagaan kita telah menentukan bahawa agama Persekutuan adalah agama Islam. Jika hak kita untuk menentukan hala tuju dan masa depan kita, jika kita mahu meletakkan hukum untuk kalangan kita, dan kita dicabar, maka adakah kita mahu mengizinkan orang lain untuk mencampuri hal kita? Kita mesti tegak untuk bersama-sama menegakkan hukum Allah hukum al-Qur’an.”

“Tuan-tuan dan puan-puan, kita dikehendaki untuk bijaksana, kita dikehendaki untuk mempunyai ketatasusilaan di dalam melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik, kita akur pada itu, tetapi kalau rumah kita dimasuki orang dan mereka mempertikaikan bagaimana kita rukuk dan kita sujud sedangkan mereka tidak satu aqidah dengan kita, adakah kita mahu bertoleransi dengan orang yang begini, golongan yang begini?”

“Di dalam hal inilah, tuan-tuan dan puan-puan, kita ketepikan warna-warna yang berbeda di kalangan kita, atas asas aqidah yang sama, atas pegangan ummah yang sama, mari kita bersama-sama untuk menentukan bahawa jangan ada sesiapa yang cuba mengajar kita, apatah lagi mencabar kita, sama ada dari luar atau dari dalam rumah kita. Mereka mestilah belajar menghormati kita untuk kita belajar mengormati mereka. Benar, kamu dengan agama kamu, aku dengan agama aku, tetapi tolong hormati agama kita agar kita belajar menghormati agama mereka.”

“Oleh yang demikian, kita harus belajar, kenapa kita mahu dipetak-petakkan? Kenapa kita mahu disanggah? Kerana mereka menganggap kita lemah, kerana mereka menganggap kita berpecah, maka mereka berani melakukan sesuatu yang tidak kita alu-alukan selama ini. Cukuplah, cukuplah.”

“Jika ada di kalangan kita yang berbeda pendapat terhadap sesuatu hukum Allah, kembalilah ke pangkal jalan, rujuklah semula kepada al-Qur’an dan Hadith, Ijma’ Ulama’ dan Qias sebagai bahan-bahan rujukan kita, insya Allah.”