Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Perlantikan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif



Dewan Pemuda PAS Malaysia(DPPM) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Dato’ Seri Md Raus Sharif yang baru dilantik sebagai Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Arifin Zakaria. DPPM percaya bahawa Tan Sri Dato’ Seri Md Raus Sharif yang merupakan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia sebelum ini, merupakan seorang yang berkelayakan bagi memikul amanah tersebut.

Dewan Pemuda PAS Malaysia(DPPM) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Dato’ Seri Md Raus Sharif yang baru dilantik sebagai Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Arifin Zakaria. DPPM percaya bahawa Tan Sri Dato’ Seri Md Raus Sharif yang merupakan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia sebelum ini, merupakan seorang yang berkelayakan bagi memikul amanah tersebut.

DPPM percaya bahawa Badan Kehakiman yang merupakan salah satu organ Persekutuan perlu bebas menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin dalam; mencapai keputusan yang adil di mahkamah dan melindungi keluhuran Perlembagaan. DPPM juga berharap Badan Kehakiman dapat menjadi semak dan imbang yang baik dalam menafsir Perlembagaan dan menyemak undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen atau mana-mana tindakan Eksekutif adalah berperlembagaan dan sah, agar hak dan kebebasan rakyat marhaen terus dilindungi . Seperti perintah Allah yang termaktub dalam Al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (135)" Al-Nisa 

Akhir kata, DPPM ingin mengucapkan selamat maju jaya menjalankan amanah dalam memimpin Badan Kehakiman kepada Tan Sri Dato’ Seri Md Raus Sharif di mana ianya akan dipersoalkan di akhirat kelak. Siru Ala Barakatillah.


"Bertekad Melebar Muafakat"

"Inilah Penyelesaian Kita"


YB USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA