Saat Menunggu #RUU355 Dibentang
(Sebuah Syair Oleh Asri eddiwanie)
إني أؤيد RUU355 بــلا شـك ولا ريـب #
ولا أشعر بملل في سبيل رفعها ولا أوهام
كل وقت أدعـو الله عزوجل بحـفظها #
وأناجي ربي زيـادة في الخير والإنعام
فحزب الإسلامي الماليزي يقود في رفعها #
وفي البرلمان يجاهد حتي تمكن شـرعة الإسلام
يا أيها المؤمنون تثبتوا فإن التثبت مطلب #
إن جاءكم فسـاق ومعارضون بالاتهـام
وتذكروا دائما بأن النصر وعـد صادق #
فـاستقيموا وامضوا بلا خوف ولا إحجام
وسنمض لرفعRUU355 ونفك قيودها #
بقـيادة الشيخ عبد الهادي أواغ فهو إمام
Sesungguhnya aku menyokong penuh RUU355 tanpa sebarang keraguan, dan aku tidak pernah berasa jemu serta keliru dalam mempertahankannya;
Setiap detik aku berdoa kepada Allah agar menjaganya, serta aku bermunajat agar Allah menambah akan kebaikan dan nikmat-Nya;
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah parti yang mengepalai ummah untuk memperkasakannya, dengan jihad pembentangan di Parlimen sehingga tertegak hak Syariat Islam;
Wahai sekalian orang yang beriman perteguhkanlah diri kalian kerana sesungguhnya ia suatu tuntutan, tatkala datangnya kepada kalian golongan fasiq dan penentang dengan pelbagai tohmahan;
Dan ingatlah sentiasa bahawa sesungguhnya kemenangan itu adalah janji yang benar, maka beristiqamahlah dan teruskan perjuangan tanpa rasa takut dan hilang arah tujuan;
Kami akan meneruskan usaha mempertahankan RUU355 dan melepaskan ikatan yang menambatnya, dibawah kepimpinan DS Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengepalai dan membentangnya
Post a Comment