Segala Gimik Pakatan Harapan Tidak Lebih Sekadar "Window Dressing"
Omongan untuk merebut sokongan pengundi PAS beberapa peratus kelihatannya cuma menarik di atas kertas bila PAS bukan dilihat semakin cacamarba, tetapi rakyat memerhati PAS lebih tenang, stabil, konsisten sehingga langsung tidak tergendala mengendalikan urusan partinya, mesyuarat agong tahunan disemua peringkat dan urusan pemilihan yang berlangsung dalam suasana terbuka dan sangat demokratik.Sebaliknya semua parti lain dilihat mengelak dari berdepan akar umbi parti dengan menangguhkan urusan mesyuarat agong dan pemilihan parti masing masing. Parti PAN belum sekalipun melaksanakan pemilihan kepimpinan.
Dalam artikel "Trojan Horse" saya beberapa hari yang lalu, saya menjelaskan cadangan memperkenalkan logo dan nama baru oleh Pakatan Harapan akan lebih menguntungkan Barisan Nasional kerana ia terlalu hampir dengan pilihanraya. Rakyat tidak sempat kenal simbol, logo dan nama yang baru. Rakyat kebanyakan akan keliru.
Saya juga memberitahu bahawa ancaman BN yang sebenar adalah PAS yang merupakan saingan besar yang sebenar kepada UMNO. Kalah UMNO, kalahlah BN.
2 hari lalu dimuatkan dalam Malay Mail dalam laporan bertajuk "Analysts: Without PAS, Formal Oppositio Pact Just Window Dressing", tulisan Yiswaree Palansamy, 27 Mac 2017, pandangan Merdeka Centre, penganalisis Prof Ho Kee Ping dan lain lain adalah hampir selari pandangan saya.
Segala retorik, penyusunan semula, logo, nama, gimik gimik perundingan kerusi, gimik kabinet bayangan, tidak memberi impak besar dari segi kalah atau menang selagi PAS sebagai parti teras orang orang Islam/ Melayu tidak dapat menerima pakatan yang tidak menghormati prinsip perjuangan Islamnya.
Sementelah lagi pakatan yang secara berterusan membenarkan begitu banyak fitnah dan serangan kepada PAS.
Omongan untuk merebut sokongan pengundi PAS beberapa peratus kelihatannya cuma menarik di atas kertas bila PAS bukan dilihat semakin cacamarba, tetapi rakyat memerhati PAS lebih tenang, stabil, konsisten sehingga langsung tidak tergendala mengendalikan urusan partinya, mesyuarat agong tahunan disemua peringkat dan urusan pemilihan yang berlangsung dalam suasana terbuka dan sangat demokratik.
Sebaliknya semua parti lain dilihat mengelak dari berdepan akar umbi parti dengan menangguhkan urusan mesyuarat agong dan pemilihan parti masing masing. Parti PAN belum sekalipun melaksanakan pemilihan kepimpinan.
Keputusan keputusan dasar yang besar besar dibuat secara gopoh, tidak dirujuk kemahuan akar umbi. Keputusan beberapa orang yang mengawal parti masing masing.
Itu yang terjadi kepada DAP sehingga akar umbi DAP ramai yang tidak berpuas hati dan keluar parti. Di Melaka 4 orang wakil rakyat Parlimen dan DUN keluar DAP menjadikan tiada lagi wakil DAP di DUN Melaka. Tindakan itu diberi sokongan terbuka beberapa pemimpin DAP di negeri negeri lain. Penubuhan Pakatan Harapan diawalnya melalui "persidangan meja bulat" , pernah dikecam hebat aktivis seperti Ambiga, Maria Chin dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia , Arul yang menyifatkannya sangat gopoh dan tidak dibincang dengan teliti.
Ini berbeza dengan PAS, yang berani bertemu akar umbinya melalui mesyuarat agong dan muktamar, untuk memutuskan perkara besar misalnya soal kedudukan tahaluf siyasi.
Tidak pelik bila artikel yg sama menyifatkan pakatan harapan dengan segala gimiknya tidak lebih dari usaha 'menyolek' agar kelihatan menarik "window dressing" , walhal isinya sama sahaja dan tidak merubah banyak perkara.
Hj Ahmad Amzad Hashim
30 Mac 2017
Post a Comment