Isu jual tanah kerajaan Peel Avenue, NGO anak jati Pulau Pinang lapor SPRM
KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN ANAK JATI PULAU PINANG
Tajuk : Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berkaitan Penjualan Tanah Peel Avenue oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Tarikh : Khamis, 1 Jun 2017
Pelapor : Wakil Persatuan Anak Jati Pulau Pinang.
1.Hari ini kami Persatuan Anak Jati Pulau Pinang menghadirkan diri ke pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membuat satu laporan kepada pihak SPRM berkenaan dengan isu penjualan tanah di Peel Avenue oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Ini adalah salah satu laporan kepada SPRM tentang penjualan tanah oleh kerajaan negeri walaupun semua pihak hari ini telah sedia maklum bahawa banyak tanah lain yang telah di jual oleh Kerajaan Negeri sejak Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri pada tahun 2008.
2. Pada minggu lepas saya (Datuk Huan Cheng Guan) telah mencabar Lim Guan Eng dimana didalam cabaran itu, secara jelas telah saya memberi tempoh satu minggu kepada YAB Lim Guan Eng untuk tampil kehadapan bagi mendedahkan secara terperinci dan telus berkenaan dengan Perjanjian Jual Beli tanah di Peel Avenue dan jika tidak pihak saya akan membuat laporan bagi membolehkan SPRM menyiasat pekara ini.
3. Jadi dengan kehadiran saya bersama NGO yang lain pada hari ini dipejabat SPRM , maka kami berharap pihak SPRM dapat mengambil tindakan yang adil dan sewajar nya dalam isu ini kerana ianya melibatkan rakyat Pulau Pinang.
4. Tanah Peel Avenue yang sepatutnya diuruskan melalui tender terbuka sudah menjadi projek rundingan terus ( Direct Nego ) sedangkan konsep tender terbuka ini dahulunya merupakan teras kepada urus tabir Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam mengendalikan projek-projek negeri dan merupakan sebahagian dari konsep Competency, Accountability dan Transparency (C.A.T) , hari ini perkara tersebut hanya tinggal satu ungkapan hipokrasi sahaja. Saya juga amat hairan, kecewa dan terkejut apabila Tanah Peel Avenue yang bernilai ratusan juta ini di jual secara rashia kepada syarikat luar negara.
5. Disebabkan projek rundingan terus ini saya dapati kami rakyat Pulau Pinang telah rugi hampir RM30.28 Juta secara kasar didalam penjualan tanah Peel Avenue selain itu saya tidak pasti sama ada perkara berikut:
a. Kategori Kegunaan Tanah
b. Syarat Nyata
c. Sekatan Kepentingan
ini ada dinyatakan atau tidak didalam perjanjian jual beli sedangkan ianya sepatutnya wajib dinyatakan sebelum tindakan jual beli dilakukan.
6. Pembeli Pihak Island Hospital dari Singapura hanya membayar pendahuluan sebanyak RM30 Juta dan hanya akan melunaskan baki bayaran sebanyak RM126 Juta ini selepas 2 tahun memperolehi kelulusan lesen bagi mengoperasikan hospital mereka. Persoalan sekarang, sekiranya lesen untuk operasi Hospital tidak dapat diperolehi oleh pembeli dalam tempoh 2 tahun , adakah Kerajaan Negeri sedia membatalkan Perjanjian Jual beli ini serta menyimpan deposit sebanyak RM 30 juta tersebut?
Menurut maklumat yang diterima, proses jual beli ini adalah seperti berikut:
-Tarikh Kajian Penilaian :
3 Sept 2015
-Tarikh T.Tangan Perjanjian:
19 Dis 2016
-Tempoh Memperolehi Kelulusan Lesen:
19 Disember 2016 Hingga 19 Disember 2018
7. Untuk itu dari tarikh penilaian 3 Sept 2015 hingga 19 Dis 2018 Kerajaan Negeri tidak mengenakan sebarang faedah yang sepatutnya dikenakan terhadap harga tanah tersebut. Faedah yang sepatutnya dikenakan adalah:
RM126 Juta x 8%pa x 3 Tahun = Jumlah Kerugian RM30.28 Juta.
Persoalanya kenapa Kerajaan Negeri membiarkan kerugian ini daripada berlaku? Apakah pihak yang membuat keputusan ada hubungan dengan Ahli Lembaga Island Hospital ?.
8 . Kami juga ingin tahu berapa banyak pula peningkatan kepadatan pembangunan jika termasuk perintah pembangunan di waktu pra kelulusan? Kerajaan Negeri harus jawab dan telus dalam perkara ini.
Selain dari itu , apa kah kerajaan negeri telah maklum JPPH berkenaan dengan jenis kegunaan semasa membuat permohonan untuk penilaian.
Bagaimana pulak dengan Zoning di Kawasan tersebut dan adakah penduduk berdekatan telah di maklumkan berhubung dengan permohonan yang telah dirancang secara rashia olih Lim guan Eng.
9. Persoalan seterusnya yang perlu dijawab kenapa Kerajaan Negeri mengambil masa 6 bulan untuk tanda tanggan perjanjian ini dengan syarikat luar?
Surat Tawaran Dikeluarkan:
12 Julai 2016
Surat Di tandatangani: 19 Dis 2016
10. Yang terakhir sekali, apa sudah jadi dengan hospital swasta yang sepatutnya dibina di Taman Manggis kerana sehingga kini yang nampak hanya tinggal rumput sahaja. ( Masih ingat ada pihak lain yang memberi tawaran yang lebih tinggi untuk beli tanah tersebut tetapi Lim Guan Eng telah menolak tawaran tersebut walaupun 1% earnest deposit sudah dibayar ?. Jadi saya tidak pasti apa kah manfaat kepada rakyat Pulau Pinang dan minta pihak SPRM siasat penjualan ini juga.
Kita semua sedia maklum bahawa bayaran Medical Fees ( Singapore adalah antara yang paling mahal di rantau Asia ini ) dan ia langsung tidak membawa apa apa faedah kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Apakah syarat yang diguna pakai pada penjualan tersebut ?.
Akhir kata , saya minta pihak SPRM supaya menyiasat sehingga ke lubang cacing skandal penjualan tanahn tanpa tender Tanah Peel Avenue ini dan memastikan mereka yang melanggar undang - undang diambil tindakan yang sewajarnya.
Rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui segala segala nya.
Sekian, Terima Kasih
Post a Comment