Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Miliki kerakyatan Australia, ADUN Pujut hilang kerusi


Pilihan raya kecil Pujut bakal diadakan tidak lama susulan wakil rakyat DAP, Ting Tiong Choon (DAP-Pujut) yang dilaporkan hilang kelayakan daripada menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak.

See Hua Online melaporkan bahawa DUN Sarawak dalam pengundian 70-10 menyokong penyingkiran Ting, selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh (BN - Bawang Assan) mengusulkan terhadap ADUN Pujut yang memiliki kewarganegaraan Australia.

Beliau seterusnya mengemukakan usul terhadapnya.



Beliau dilaporkan memetik Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

Wong mendakwa Ting memperoleh kewarganegaraan Australia pada 20 Januari 2010.