Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Shabery, Abdul Hadi sarapan bersama nelayan


MARANG - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluangkan masa bersama bersarapan dengan warga nelayan di sini, pagi ini.



Abdul Hadi hadir sebagai jemputan sempena Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Petronas di Marang Waterfront.

Ketibaan Abdul Hadi disambut Shabery yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehemi Yusoff serta Naib Presiden (Pengurusan Petroleum) Petronas.

Kesemua pemimpin terbabit tidak melepaskan peluang menikmati nasi dagang, iaitu antara pilihan ‘pengisi perut’ warga nelayan di daerah itu selain kuih tradisional Melayu.

Shabery dan Abdul Hadi meluangkan masa kira-kira satu jam bersama golongan nelayan sebelum berlepas ke Pulau Kapas. 

Majlis turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Marang, A Latiff Awang, Naib Presiden (Pengurusan Petroleum) Petronas.

Kesemua pemimpin terbabit tidak melepaskan peluang menikmati nasi dagang, iaitu antara pilihan ‘pengisi perut’ warga nelayan di daerah itu selain kuih tradisional Melayu.