MAIS tuntut Che'Gubard tarik balik kenyataan fitnah
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), menuntut Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin supaya menarik balik kenyataan berbaur fitnah terhadap Istana Selangor atau berdepan tindakan undang-undang.
MAIS menuntut Badrul Hisham atau dikenali sebagai Che Gubard menarik balik kenyataan di blognya dalam tempoh 24 jam dari tarikh kenyataan media pihak berkuasa agama itu, atau boleh diambil tindakan mengikut akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau didakwa mengikut Akta Fitnah 1957.
Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata artikel bertajuk 'Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor' yang ditulis Badrul Hisham dalam blognya, 'Perjuangan Adalah Pelaksanaan Kata-kata' pada 6 Jun lalu yang mendakwa sebuah surau digunakan sebagai lokasi untuk program pemukiman jentera pilihan raya PAS.
Sehubungan itu, katanya, MAIS sudah mengarahkan satu siasatan dijalankan terhadap dakwaan itu, dan mendapati surau itu sudah ditutup selepas Masjid Al Falah Jalan Kebun mula beroperasi sejak 30 Mac lalu.
"Bangunan surau berkenaan kini ditukar fungsinya sebagai pusat ilmu dan kegiatan masyarakat, dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), yang dibuka untuk disewa kepada orang ramai untuk mengadakan program bagi menampung kos operasi masjid. "Ini jelas menunjukkan penulis tidak menyemak terlebih dahulu fakta yang ditulisnya.
"Justeru, MAIS menegaskan, dakwaan penulis blog itu bahawa pihak Istana Selangor bersikap berat sebelah dan terbabit dengan politik kepartian adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan berbaur fitnah terhadap institusi Diraja dan institusi Islam di Selangor, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Mohamad Adzib berkata, titah Sultan Selangor supaya masjid dijadikan sebagai zon bebas politik sudah berkuat kuasa sejak sekian lama dan titah itu turut dipatuhi pemimpin parti politik dulu dan kini. Mohamad Adzib berkata, umat Islam di Selangor juga dinasihatkan menyemak kesahihan sesuatu fakta sebelum menyebarkannya di laman sosial, bagi mengelakkan perbalahan antara masyarakat Islam terutama ketika sedang menjalani ibadat puasa.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/290845?m=1
Post a Comment