Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

MAS: Sudah tiga tahun Subky Latif tak naik


SAYA sentiasa membantah pengedaran arak dalam penerbangan MAS, tetapi saya menggunakannya ke mana-mana juga.
       
Tetapi apabila menteri memberitahu setiap tiket MAS yang dibeli memasukkan peruntukan arak kepada penumpang yang memesan arak dalam penerbangan, maka bertambah dengan amalan MAS itu.
      
Saya pernah lebih dari sekali menulis supaya dihentikan mengenakan caj arak atas tiket yang dijual. Tetapi setelah menteri Islam menjelaskan, pengedaran arak percuma diteruskan dan mengenakan caj arak atas tiket tidak dihentikan, maka saya membuat keputusan mengharamkan penggunaan MAS dalam setiap penerbangan termasuk penerbangan domistik yang singkat yang tidak menghidangkan arak.
       
Sudah lebih tiga tahun saya haramkan untuk diri saya dan sekalian anak-anak saya menggunakan perkhidmatan MAS.
       
Apabila ada kekecohan dan gangguan seorang penumpang masuk dalam penerbangan dari Australia ke Kuala Lumpur hingga penerbangan berpatah balik ka Australia dan banyak masalah dihadapi penumpang, maka saya bertambah insaf dan pilu atas amalan MAS dan kerajaan/sistem yang mengizinkan arak diedarkan.
       
Saya mnyokong semua seruan agar MAS menghentikan pemberian arak percuma dan menghentikan mengenakan caj arak kepada pembeli tiket.
       
Amat malang bagi saya dan pengguna Islam yang benci arak tetapi duitnya diambil bagi memuaskan nafsu kaki botol dalam penerbangannya. Bagi saya MAS telah menzalimi penumpangnya yang menentang arak dan mereka juga menzalimi kaki botol dengan menggalakkan mereka terus mentedarah air syaitan itu.
      
Kerajaan pilihan rakyat telah mengkhianati pengundi yang mengundinya, kemudian dengan mandat orang tidak mahu arak itu memberi arak kepada penumpangnya.
      
Sejak tiga tahun lalu saya guna khidmat bukan MAS ke mana-mana saja dalam negeri. Dalam tempoh itu saya tidak keluar negeri kecuali umrah yang menggunakan penerbangan Saudi.
      
Anak, menantu dan cucu hendak balik dari England memberitahu saya ada tawaran murah penerbangan MAS. Banyak murahnya daripada penerbangan lain. Bolehkah mereka guna MAS? Menggunakan MAS masa itu lebih selesa.
      
Saya haramkan mereka guna MAS. Pijak tangga pesawat MAS pun jangan. Masing-masing tak guna MAS lagi.
      
Saya diberitahu, penerbangan lain yang digunakan itu mengedar arak juga dan mengenakan caj arak pada tiket. Apa kita hendak buat? Penerbangan Timur Tengah pun sama. Kita tidak dapat halang kerana terpaksa gunakan penerbangannya.
       
Tapi MAS negara kita punya. Kita ada hak membantah. Kalau ramai orang Malaysia tak guna MAS, kita yakin MAS boleh ditundukkan. 
        
Memang sekarang kerajaan Malaysia dan MAS sendiri tidak dapat dihalang hawa nafsunya. Jika kita tidak ramai bertindak, nescaya berterusan kita tanggung hawa nafsu syaitan itu. 
      
Maka saya dengan kejadian terbaharu dalam penerbangan MAS balik dari Australia itu mengajak semua orang jangan guna MAS ke mana-mana saja hinggalah MAS menghentikan maksiatnya. 
      
Jika tindakan ini menyebabkan MAS taubat, maka kita dapat jadikan penerbangan kita patuh  syariah. Apabila ada penerbangan patuh syariah, orang Islam cari penerbangan patuh syariah, nescaya  akan bertambah penerbangan patuh  syariah.
      
Orang tak boleh kata kita tidak nasionalis tak guna MAS. Dari jadi nasionalis redha maksiat dan menyakitkan hati, biarlah saya jadi nasionalis sepat, tak guna penerbangan emas sendiri, asal tak sakit hati.
      
Ada anak-anak hendak ke England dalam waktu terdekat. MAS ada tawaran murah. Jangan guna MAS, kerana  takut disambar api neraka! Mungkin ia jihad yang kecil. – HARAKAHDAILY 5/6/2017