MB Kelantan rakam takziah kepada keluarga pelajar tahfiz
KOTA BHARU: Menteri Besar melahirkan perasaan terkejut terhadap kemalangan jalan raya yang meragut enam pelajar tahfiz.
Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yajub berkata beliau terkejut mendengar berita kematian enam pelajar tahfiz dari Madrasah Tahfiz Al-Hashimi, Kg Telekong Kuala Krai akibat kemalangan pagi Jumaat lepas.
"Saya merakamkan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan sama ada yang meninggal dan masih lagi dirawat di hospital.
"Saya diberi maklum kesemua mereka dalam perjalanan untuk mengikuti Daurah Al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu. Sesungguhnya tidak ada kemuliaan melainkan kemuliaan memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan," katanya dalam kenyataan.
Oleh itu beliau mendoakan semoga Allah menempatkan mereka di Syurga-Nya bersama para syuhada' dan solehin.
Katanya mudah-mudahan amalan akhir mereka dalam mempelajari Al-Quran diberi ganjaran yang berlipat ganda khasnya di bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Kenderaan yang membawa pelajar tahfiz terbabas dalam perjalanan ke Kota Bharu, terbabas di Kampung Telekung dan merempuh sebuah rumah sebelum terbalik.
Post a Comment