Serangan Bertubi-Tubi Terhadap Dr Kamarul Bukti DAP Diktator & Pantang Ditegur
Oleh: Mohd Luttfi Abdul Khalid
Saya tidak terkejut malah sudah menjangkakan bahawa komen Dr Kamarul Yusoff dari UUM tentang buku Hannah Yeoh di facebook beliau akan dibalas dengan ganas dan bertubi-tubi oleh tentera-tentera Iblis di alam maya dan media sosial. Saudari Alifah Ting juga pernah menerima nasib yang sama di tangan puak-puak ini di atas ketegasan beliau mempertahankan Presiden ISMA, Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik.
Satu contoh klasik tentang apa yang mereka boleh/telah/akan lakukan terhadap sesiapa sahaja yang cuba menyebut tentang sesuatu yang mereka tidak sukai atau menegur tindakan dan aksi pemimpin mereka boleh dilihat pada blog berikut: (https://helenang.wordpress.com/…/alifah-ting-membayar-deng…/)
Saya kemudiannya bertanya kepada saudari Alifah sama ada beliau boleh berbahasa Inggeris. Dan ketika beliau menjawab tidak, saya merasa sangat lega. Ini kerana saya tidak dapat bayangkan tekanan jiwa yang beliau mungkin boleh alami sekiranya beliau membaca hampir 1000 komen negatif yang di luar batasan kesopanan dan akhlak yang normal, hanya kerana beliau seorang gadis Cina Muslim yang berbangga menjadi ahli ISMA dan berani membela dan mempertahankan Presidennya.
Tentera-tentera maya dan media sosial dari spesis ini bagaikan kerasukan Syaitan dan Iblis sekiranya parti DAP yang rasis dan cauvinis itu dan pimpinannya ditegur atau dikritik.
Dan anda salah kalau beranggapan bahawa semua respon ini berlaku begitu sahaja!
Dan anda juga sangat naif kalau berfikiran bahawa parti ini tidak mampu menggerakkan, mengerahkan dan melepaskan ribuan anjing-anjing gila alam maya ini untuk melakukan “tugas suci” mereka.
Di dalam kes Dr Kamarul, taktik dan tindakan yang sama juga telah berlaku. Akan tetapi, isu ini menjadi lebih istimewa oleh kerana tokoh yang terlibat adalah pemimpin mereka sendiri yang dikenali sebagai seorang evangelis Kristian yang gigih. Siapa yang tidak kenal akan aksi-aksi beliau yang sering memakai selendang ala-ala tudung setiap kali pergi ke masjid atau surau yang terletak di dalam kawasan DUN Subang Jaya?
“Kesalahan” atau “dosa” Dr Kamarul adalah kerana menyifatkan Hannah Yeoh sebagai seorang hipokrit/munafik berhubung pendirian partinya yang sekular dan kuatnya jiwa evangelis di dalam dirinya. “Penghinaan” dan “celaan” ini tidak boleh dibiarkan. Maka laporan polis pun dibuat oleh Hannah Yeoh terhadap Dr Kamarul, diikuti dengan sidang media selepas itu.
Berduyun-duyunlah pemimpin parti-parti politik pembangkang (sudah semestinyalah) bangkit membela tokoh kesayangan mereka.
Di dalam satu blog (http://khairulryezal.blogspot.my/…/18-artikel-dalam-masa-4-…), penulis menyenaraikan sejumlah 18 artikel dalam masa 4 hari telah diterbitkan oleh Malaysiakini sahaja, yang semuanya “kondem” Dr Kamarul.
Kemudian, seorang blogger lain yang bernama Andy Tan telah menyenaraikan 31 nama pemimpin parti politik dan blogger-blogger lain yang “melenting” terhadap kritikan terhadap pemimpin pujaan mereka.
(https://andytansblog.wordpress.com/…/kamarul-a-david-fight…/)
Andy Tan menyifatkan “perlawanan” antara Dr Kamarul dengan Team DAP sebagai satu pertarungan antara David (Daud) dengan Goliath (Jalut) di mana blogger tersebut turut menyuarakan kekaguman dan sokongan beliau kepada pensyarah UUM ini manakala tindakan Hannah Yeoh dipandang jengkel.
Bagaimanapun, terdapat satu kejutan yang tidak disangka atau diharapkan oleh DAP tentang Dr Kamarul – rupa-rupanya tokoh akademik ini juga seorang “fighter”, satu sifat dan keberanian yang pada pandangan saya tidak ada atau belum pernah dipamerkan secara bersendirian dari kalangan dunia akademik atau cendekiawan terhadap sebuah parti politik rasis cauvinis yang telah bertapak lebih 50 tahun dalam medan politik tanahair.
Beliau melakukan tindakbalas dengan membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh DAN menyambung “perlawanan”nya di media sosial iaitu facebook beliau. Dalam sekelip mata, beliau telah mendapat sokongan dan sambutan baik di kalangan para Netizen di media sosial. Ini merupakan satu p
erkembangan yang benar-benar mengejutkan Team DAP (meskipun mereka menyembunyikan “keterkejutan” mereka).
Dr Kamarul tidak berhenti setakat ini. Episod “pergeseran” dengan ADUN Subang Jaya ini seolah-olah telah membuka ruang kepada beliau untuk melancarkan siri serangan balas yang bertubi-tubi terhadap agenda DAP khususnya dan rakan taulan seperjuangan parti rasis cauvinis itu secara umumnya.
DAP telah tersilap menjolok sarang tebuan dari Sintok.
Ramai orang dari pihak pembangkang dan sekutu serta pengkagum DAP akan berhujah bahawa rakyat dan umat Islam tidak perlu takut kepada DAP yang tidak akan dapat memerintah negara secara sendirian walaupun memenangi pilihanraya umum. Bahawa DAP tidak memusuhi Islam atau Melayu dan tidak akan mampu menukar atau meminda Perlembagaan sesuka hati mereka. Bahawa terdapat lain-lain parti politik (pembangkang) akan menegur atau mempastikan perkara-perkara ini tidak akan berlaku.
Malah, ada yang pergi lebih jauh dengan meletakkan DAP sebagai parti politik yang akan mempertahankan Islam dan Perlembagaan!
Pembaca perlu sedar bahawa sesuatu parti politik itu tidak perlu memenangi semua kerusi di Parlimen untuk merealisasikan tipu muslihat atau rencana mereka. Parti itu tidak perlu berkuasapun. Lihatlah apa yang pernah berlaku di Perak ketikamana jawatan Menteri Besar disandang oleh Nizar Jamaludin dari PAS (sebelum dia dan beberapa pimpinan PAS ketika itu kalah di dalam Muktamar dan menubuhkan PAN).
DAP memerlukan cuma satu orang sahaja untuk membolehkan mereka memerintah negeri Perak secara proksi. Sekiranya mereka boleh memerintah sebuah negeri secara proksi, tidak ada yang boleh menghalang mereka untuk memerintah negara secara proksi juga.
Seperkara lagi, DAP adalah parti yang lebih dominan dan berkuasa di dalam apa yang mereka sendiri gelar sebagai “Pakatan Harapan”. Ini kerana, selain daripada menjadi parti politik yang paling senior, DAP juga tidak tergugat dengan rakan-rakan politik yang membentuk komponen pakatan pembangkang tersebut. PKR adalah satu perjuangan sempit yang berkisar peribadi Anwar Ibrahim semata-mata. PAN pula adalah parti bayang-bayang DAP yang terdiri dari pemimpin-pemimpin yang dianggap sebagai pengkhianat PAS dan parasit-parasit yang cuba memusnahkan PAS dari dalam.
Bersatu pula adalah parti yang baru muncul, tanpa kerusi untuk dijadikan modal tawar-menawar meskipun pemimpin-pemimpinnya merupakan bekas pemimpin negara. kecuali PAN, PKR dan Bersatu dianggotai oleh bekas ahli dan pimpinan UMNO.
Jadi, DAP berada di kedudukan yang lebih dominan. Manakala MCA dan Gerakan hanyalah pak turut dan kuda tunggangan DAP sahaja, meskipun kedua-dua parti tersebut merupakan parti-parti komponen Barisan Nasional.
Inilah realiti yang sedang berlaku.
Jadi, Dr Kamarul telah memilih sasaran yang tepat untuk beraksi di dalam gelanggang. Dan beliau bukan berseorangan dalam pertarungan ini. Para pembaca tidak seharusnya sekadar menyokong usaha beliau dengan Share dan Like sahaja.
Lawanlah mereka dengan hujah di status dan wall mereka. Pertahankan hujah-hujah Dr Kamarul dengan turut mencabar hujah-hujah Dap yang rasis cauvinis itu. Jangan bagi peluang untuyk parti itu mencandukan rakyat lebih lama lagi.
Untuk sekalian lamanya, rakyat telah dicandukan dengan mitos politik bahawa DAP merupakan satu parti yang “invincible”, yang berlagak seperti “untouchables”, yang kononnya berjuang untuk aspirasi demokratik tulen dan bersifat patriotik.
Parti rasis cauvinis ini juga terkenal dengan sikap tidak boleh menerima kritikan, apatah lagi kecaman. Keangkuhan dan kesombongan ini dapat diperhatikan di dalam kenyatan-kenyataan dan tulisan atau artikel-artikel para pemimpin mereka di dalam banyak kesempatan.
Sebarang percubaan untuk “melawan” DAP, mengkritik dan mendedahkan keburukan, skandal, kepincangan, kebobrokan and salahtadbir/salahurus mereka akan segera dibalas dengan serangan tentera-tentera Iblis mereka di alam maya dan media sosial ataupun dengan ancaman tindakan undang-undang di Mahkamah.
Satu taktik lazim mereka adalah dengan mengalihkan isu dan menghimpunkan semua kesala
han atau kegagalan (walaupun berpunca dari mereka sendiri) kepada sama ada UMNO atau PAS atau mana-mana individu/institusi uang “convenient” bagi mereka. Mereka adalah “chameleon” (sesumpah) yang lidahnya bercabang-cabang – menjadi pembela Islam pada satu masa dan dalam nafas yang sama menjadi penentang terkuat – bergantung kepada audiens, maslahat dan tujuan yang hendak dicapai.
Di waktu pagi mereka boleh berforum secara serius untuk mensyarahkan Maqasid Syariah dan Islam sebagai Rahmatun Lil Alamin, tapi pada waktu malam tidak segan silu menunggang air kencing Syaitan secara berjama’ie.
Memburukkan lagi keadaan ialah terdapat segelintir anggota masyarakat dari kalangan kumpulan aktivis pragmatis dan NGO yang berwajah Islam sanggup dan relahati menjadi benteng DAP, mempertahankan batang tubuh DAP dari sebarang bentuk serangan dan jika perlu, menjustifikasikan tindakan atau pendirian parti rasis cauvinis itu dengan rujukan kepada dalil-dalil atau perbahasan fiqh yang lemah.
Sebagai balasan, kumpulan ini akan mendapat imbuhan politik atau keistimewaan-keistimewaan tertentu di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang yang di dalamnya DAP sangat dominan. Parti rasis cauvinis ini tidak perlu lagi bekerja keras untuk menghadapi tentangan dari umat Islam.
Mitos kekebalan DAP perlu dipecahkan. Keangkuhan, kesombongan dan kerakusan parti ini perlu dihadapi dengan ketegasan yang berprinsip dan hujah-hujah jitu perlu digunakan sebaik mungkin untuk mematahkan dominasi pemikiran sesat mereka di kalangan masyarakat.
Dr Kamarul Yusoff (dan sebelum ini Alifah Ting) dan mungkin lebih ramai lagi selepas ini bukanlah isunya. Mereka ini mewakili sikap penentangan terhadap agenda dan kerakusan DAP untuk menguasai peta politik tempatan. Sesiapa sahaja yang cuba mengganggu gugat dominasi dan naratif mereka akan dijadikan sasaran utama, walaupun dari kalangan mereka sendiri.
Bagaimanapun, setiap pantang larang ada kaedah untuk mengatasinya.
Patah tengkuk, tamatlah riwayatnya
Post a Comment