Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang keluar IJN - 7 jun
Makluman Media - 7 Jun 2017
Alhamdulillah pada hari ini(7 Jun 2017) Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) setelah hampir sebulan mendapat rawatan intensif dari pakar pakar IJN.
Pihak kami diberi maklum oleh pasukan perubatan IJN bahawa Tuan Guru masih perlu mendapat rehat yang secukupnya supaya benar benar pulih dari pembedahan yang dialaminya.
Sehubungan dengan itu juga, sebagaimana yang dimaklumkan pada kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tuan Guru masih belum dapat memenuhi undangan penganjuran program parti dalam tempoh beberapa minggu ini sehingga dimaklumkan sebaliknya nanti.
Pihak kami mengucapkan setinggi penghargaan pada pihak IJN di atas layanan yang terbaik, ahli dan penyokong serta rakan taulan yang sentiasa berdoa pada Allah SWT agar Tuan Guru diberikan kesihatan untuk terus memimpin PAS dan ummah.
"Sejahtera Bersama Islam"
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS

Post a Comment