Azmin: Teruskan mandat rakyat Selangor kepada 3 parti
Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Dato Seri Azmin Ali mengambil langkah yang bijak dan matang apabila mengisytiharkan yang kerajaan PKR-PAS-DAP di Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat yang diberi mandat oleh rakyat dalam PRU 2013 lalu - Roslan SMS
Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Dato Seri Azmin Ali mengambil langkah yang bijak dan matang apabila mengisytiharkan yang kerajaan PKR-PAS-DAP di Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat yang diberi mandat oleh rakyat dalam PRU 2013 lalu.
Yang penting sekarang adalah keharmonian rakyat dan kestabilan negeri.
Benar PR sudah tidak wujud lagi. Satu pakatan baru telah dibentuk tanpa PAS dengan memasukkan Bersatu dan Pan sebagai ahli namun di Selangor yang memenangi mandat dan kepercayaan rakyat adalah PR bukannya yang lain.
Dalam NST hari ini orang kuat PAN, Dr Dzulkely Ahmad berang dengan tindakan Azmin itu. Beliau mendesak agar Azmin beri penjelasan kerana rakyat di bawah kononnya keliru dan Azmin didakwa punya halatuju politik yang tidak jelas. (Rakyat tidak keliru yang marah hanyalah Pan ).
Dr Dzul bersuara setelah pimpinan tertingginya dari DAP khasnya Guan Eng dan Kit Siang telah bersuara dan mengkritik Azmin terlebih dahulu.
Ini biasa kerana mustahil Pan boleh bersuara sebelum taukehnya bersuara.
Hakikatnya PAN dan Bersatu tidak memenangi kerusi pun di Selangor dalam PRU lalu. 2 kerusi DUN dan 3 Parlimen yang Pan dakwa milik mereka itupun dicuri dari PAS menjadikan mereka setaraf Najib di Pusat.
Jika kerajaan Najib Pan katakan kerajaan kleptokrasi kerana mencuri harta rakyat tidakkah Pan juga kleptokrat - mencuri kerusi PAS?
Apapun menurut penganalis politik bebas Khoo Kay Peng sebagaimana dilapor NST , apa yang Azmin lakukan adalah demi menjamin kestabilan kerajaan negerinya sehingga PRU akan datang. Dua pakatan dalam satu kerajaan bukannya salah.
Dr Dzul dan bosnya DAP jika tidak boleh terima rasional MB boleh sahaja tinggalkan kerajaan negeri lagipun status pencuri ni memang tak berkat.
Sementara itu dalam akhbar yang sama Ketua Pemuda PAS Selangor Ustaz Syarhan Humaizi mengalu-alukan pendirian Azmin.
PAS akan menghargai dan menghormati mandat rakyat sehingga PRU ke 14 nanti.
Post a Comment