Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Hapuskan Sekolah Agama, Wan Saiful Biadab! – GPMS



PULAU PINANG: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan biadap yang dibuat oleh Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS dan memandang serius kenyataan yang mahukan semua sekolah agama dan sekolah pondok dihapuskan sebagai timbal-balik kepada penghapusan sekolah vernakular.

Ketua Penerangan GPMS Negeri Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshad berkata kenyataan biadap Wan Saiful sebenarnya bukan setakat menghina institusi pendidikan Islam dan Perlembagaan Persekutuan, malah yang lebih merbahaya kenyataan beliau jelas menghasut mereka yang berpendidikan vernakular atau pro sekolah vernakular untuk membenci dan bertindak balas dengan mensasarkan kepada sekolah agama dan sekolah pondok. 

Berhubung isu ini, beliau turut mendesak agar pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera dengan membuka kertas siasatan dan seterusnya mendakwa Wan Saiful Wan Jan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. 

“Kami (GPMS negeri Pulau Pinang) juga berharap agar kerajaan dan pihak berkuasa tidak terus-menerus membisu atau bersikap “apologetic” terhadap pengkhianat agama dan bangsa seperti Wan Saiful” katanya lagi.” 

Menurut beliau lagi, kegagalan pihak berkuasa bertindak tegas terhadap beberapa kes kebelakangan ini telah menyebabkan golongan seperti Wan Saiful Wan Jan dan yang seangkatan dengannya dimana kelompok ini terus-menerus mengeluarkan pelbagai kenyataan biadap dan menghina agama Islam. 

Justeru itu, GPMS negeri Pulau Pinang ingin memberi amaran tegas kepada mereka yang cuba menyerang atau mengkaitkan institusi pengajian Islam khususnya sekolah agama dan sekolah pondok dalam polemik politik negara. “Kami akan pastikan sekolah-sekolah ini akan terus dipertahankan dan diperkasakan lagi. Kami juga akan pastikan GPMS berada di barisan paling hadapan dalam mempertahankan sekolah agama dan sekolah pondok di bumi Malaysia,” tegas beliau.