Mesej sebenar disebalik "pertabalan" Husam
Video "pertabalan" ini telah pun tular. https://www.youtube.com/watch?v=unMTwFslv2I(klik untuk tonton)
Bagi saya ianya langsung tidak menguntungkan PAN malah membuktikan betapa kuat dan berpengaruhnya DAP dan Kit Siang khasnya dalam menentukan halatuju dan masadepan PH dan Pan sendiri.
Saya tertarik dengan ulasan sahabat lama saya MSO. Walaupun kami berlainan aqidah politik MSO tetap saya hormat sebagai kawan lama dan penulis veteran.
MSO saya yakin telah baca kesilapan drama ini lalu beliau terus menyusun langkah pembaikian dengan menyatakan bahawa Husam tidak sesuai sebagai MB Kelantan. Insan hebat umpama Husam ini lebih cocok duduk di Putrajaya. Sebagai PM barangkali ( tambah lagi calon PM PH).
MSO tambah lagi lebih sesuai Cikgu Rahim yang di"tabal" sebagai MB bukan Husam.
Maknanya Kit Siang silap dan salah baca. Bolehkah Kit Siang didakwa silap?
Kit Siang mahu Husam sebagau MB sedang MSO mahu Husam sebagai PM. Siapa Kit Siang dan siapa MSO?
Apa pun yang menariknya drama ini penuh dengan aksi dan mesej tersirat.
MSO sebut Cikgu Rahim lebih sesuai sebagai MB Kelantan.
Manusia ini mudah berubah dan terkadang mengingkari dirinya sendiri. Dulu MSO dedah Cikgu Rahim sebagai salah seorang "Tiga Abdul" yang mendatangkan masalah pada kerajaan Almarhum Tok Guru.
Saya ingat sangat perkara ini sebab saya pernah bangkitkannya dalam Muktamar PAS di K.Terengganu semasa Almarhum Ust Fadzil Presiden dulu.
Hari ini Cikgu Rahim dah ok. Dr Mahathir pun yang dulu MSO cap dalam tulisannya sebagai "Maha Firaun" ok hari ni.
Malah Husam yang MSO pernah kaitkan dengan pelbagai skandal dan penyelewengan dulu pun hari ini OK.
Tak mengapalah itu hak MSO. Yang buruk, hodoh, bodoh pada beliau dan tak OK hari ini hanyalah PAS.
Berbalik kepada drama ini bagi saya ianya suatu isyarat buat rakyat Kelantan dan malah seluruh negara. Betapa kuatnya pengaruh dan kedudukan Kit Siang dalam PH dan terhadap Pan.
Benar DAP tidak bertanding di Kelantan lalu apa kalutnya, tetapi senario politik negara bukan sekadar ditentukan di Kelantan.
DAP mahu berkuasa dan berpengaruh diperingkat Federal sebagaimana cita-cita mendiang Lee Kuan Yew dulu ketika PAP masuk bertanding di Tanah Melayu..
Penguasaan di Federal nanti akan mempengaruhi penguasaan di negeri-negeri termasuk Kelantan.
DAP lihat PAS sebagai tembuk penghalang terbesar penguasaan politiknya. DAP mahu Islam yang liberal dalam kerangka negara sekular. PAS tidak terima malah tentang dan berpatah arang dengannya kerana mempertahankan kedaulatan dan prinsip Islam.
Kerana itu DAP lahirkan parti liberal umpama Pan untuk diperkakaskan sebagai pengganti PAS.
Bukankah DAP yang paling kuat dan lantang menentang RUU355 dan RUU ini sebenarnya adalah kesan dari inisiatif PAS Kelantan.
Usaha umat Islam untuk memperkasa dan memartabatkan agama mereka terang-terang ditentang DAP.
Kita umat Islam khasnya terutama bangsa Melayu biarlah prihatin dan sedar. Jangan sesekali terlena termakan tuba bisa puak sekular anti Islam ini yang matlamatnya untuk memecah-belahkan perpaduan ummah dan melahirkan sebuah negara Malaysia yang sekular berlandaskan konsep "Malaysian Malaysia"
Besar kesannya kepada rakyat dan negara kiranya mereka berpengaruh dari sudut kuasa politik namun mainan politik mereka cukup halus sehingga ada antara kita terpesona, longlai dan tunduk.
Lihat sahaja drama ini. Kenapa bukan Datin Seri Dr Wan Azizah atau Tun Dr Mahathir yang buat kenyataan seumpama ini? Kenapa perlu Kit Siang sedang DAP tak bertanding pun di Kelantan sebagaimana dinyatakan MSO?
Inilah politik DAP.
Mereka sesungguhnya mahu menunjukkan kepada para pengundi bukan Melayu di luar Kelantan yang kuat di belakang mereka bahawa sehinggakan MB Kelantan pun mereka berkuasa tentukan apatah lagi isu negara yang besar-besar nanti.
Calon Kit Siang ini pernah ditolak namanya oleh Istana Kelantan dulu namun Kit Siang tidak peduli!
Maaf MSO bagi saya drama ini dilakonkan DAP bagi menunjukkan kepada penyokong mereka bahawa merekalah penentu segala-galanya bila PH berkuasa nanti. Yang lain akan terpaksa ikut dan akur kerana kuasa sebenarnya terletak atas DAPdan bukan yang lain jika PH berkuasa.
Selamatkah Malaysia nanti?
Dari FB ROSLAN SMS
Post a Comment