Pakatan Harapan jangan terlalu angkuh - PSM
Tolong jangan terlalu angkuh dan merasakan akan menang besar dengan Mahathir, sampai kita tak buat kerjasama dengan kumpulan-kumpulan seperti warisan di Sabah yang dipimpin oleh Shafie Afdal, yang tidak ada dalam PH. Shafie dan Warisan mempunyai pengaruh di Sabah
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak terlalu angkuh dan yakin boleh memenangi pilihan raya umum akan datang dengan hanya bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan melupakan kumpulan-kumpulan lain yang juga mempunyai pengaruh.
Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Jeyakumar Devaraj mengingatkan bahawa kerjasama dengan pihak lain seperti parti Warisan di Sabah juga boleh membantu mencapai impian Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menamatkan pentadbiran lebih 50 tahun Barisan Nasional (BN).
Katanya, PSM boleh memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan jika gabungan itu berusaha untuk bekerjasama juga dengan pihak lain yang mampu menumbang BN.
"Tolong jangan terlalu angkuh dan merasakan akan menang besar dengan Mahathir, sampai kita tak buat kerjasama dengan kumpulan-kumpulan seperti warisan di Sabah yang dipimpin oleh Shafie Afdal, yang tidak ada dalam PH.
"Shafie dan Warisan mempunyai pengaruh di Sabah," katanya dalam satu forum bertajuk "Mahathir, Agen Perubahan Atau Agen Pemusnah?"
Penglibatan Dr Mahathir dalam gabungan pembangkang diragui sama akan membawa perubahan atau memusnahkan perjuangan reformasi.
Post a Comment