Pasca PRU14: DAP sertai BN?
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berpendapat DAP sengaja 'dipinggirkan' dalam senarai kepimpinan teratas Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan ada agenda tersendiri.
Beliau percaya DAP akan mengatur strategi tertentu jika gabungan pembangkang itu sekali lagi tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
"Dengan cuba menyembunyikan peranan DAP, sebab saya nampak DAP kini disembunyikan agar tak nampak dominan. Apabila ini terjadi, ia merupakan satu langkah yang akan memudahkan DAP untuk 'exit plan' daripada PH jika PH kalah,"
Timbul kemungkinan parti pimpinan Lim Kit Siang itu akan menyertai Barisan Nasional (BN), menggantikan MCA sebagai langkah terdesak untuk mengisi kepentingan politik parti itu.
"Saya nampak DAP akan melompat ke BN, akan keluar dari PH dan menyertai kerajaan. Kemungkinan bergabung dengan Umno tak boleh ditolak.
"Boleh jadi, sebab ia tidak ada yang mustahil. Berdasarkan maklumat yang saya terima, komuniti kaum Tionghua sudah beri DAP dua kali (kemenangan) pilihan raya, dan menyebabkan mereka (kaum Tionghua) rugi dalam pilihan raya sebab mereka tak mempunyai menteri kabinet dalam kerajaan.
"Mereka dan beri 'hint' kepada DAP supaya menang, jika tidak mereka kena masuk BN. Dan ini adalah ramalan saya, jika PH kalah namun DAP dapat jumlah kerusi besar, tak mustahil mereka bergabung dengan BN untuk menggantikan MCA,"
Post a Comment