Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Bolasepak Sukan SEA : FAM Lega Tiada Pemain Yang Tarik Diri.





Oleh Eddy Zakry

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - FAM boleh menarik nafas lega kerana setakat ini tiada pasukan yang enggan melepaskan pemain mereka untuk kejohanan Sukan SEA bulan depan. 

Walau bagaimanapun tiada jaminan pengalaman pahit pertandingan kelayakan Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) AFC 2018 di Bangkok tidak akan berulang. Pada pertandingan tersebut enam pemain utama tidak dilepaskan oleh pasukan masing-masing mengakibatkan jurulatih pasukan negara Datuk Ong Kim Swee hanya dapat membawa 22 pemain ke Bangkok.

Tetapi kali ini Pengurus Pasukan Datuk Yusoff Mahadi yang juga Timbalan Presiden FAM telah memaklumkan belum lagi mendengarkan mana-mana pasukan negeri atau kelab yang enggan melepaskan pemain mereka.

Sebagai tuan rumah Malaysia memiliki peluang yang cerah untuk memenangi pingat emas tambahan pula telah dapat mengelakkan kumpulan maut. Tetapi sekiranya gagal menurunkan pasukan terkuat maka kelebihan-kelebihan ini tidak bermakna.

Sukan SEA akan bermula berapa hari lagi, Yusoff yakin tidak ada pasukan yang akan menghadapi masalah untuk melepaskan pemain mereka tetapi di dalam bolasepak apa sahaja  boleh berlaku. Kegagalan pasukan-pasukan melepaskan pemain mereka sudah tentu akan mengganggu persiapan pasukan negara dan Ong terpaksa merombak strategi pasukan.

Persatuan bolasepak negeri-negeri perlu bersikap patriotik dan tidak mementingkan diri agar negara dapat merangkul pingat emas ke 7 dalam acara bolasepak lelaki ini. Kali terakhir pasukan negara memenangi pingat emas adalah pada 2011 di Jakarta. (1Media.my)