Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Buang Klausa Tukar Agama Anak; Sisters In Islam, G25, Hindraf & DAP Sebulat Suara Bantah!



KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan untuk menarik balik Fasal 88A yang menyebut mengenai penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai umur 18 tahun atau mendapat kebenaran kedua-dua ibu bapa mendapat bantahan beberapa pihak.

Kumpulan pesara kerajaan G25 semalam menyatakan bantahan apabila pembentangan Akta 164 itu ditarik balik selepas mengambil kira pandangan daripada beberapa pihak bahawa sebarang pindaan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya. 

G25 mendakwa bahawa tindakan tersebut tidak adil bagi pasangan yang masih belum Islam, malah ianya akan menambah sengsara dan kemudaratan kepada mereka. Sisters in Islam (SIS) yang difatwakan sesat di Selangor, berpendapat bahawa undang-undang sedia ada telah gagal memberikan keadilan kepada pasangan yang tidak pindah agama. 

Perkara yang sama juga dibuat oleh Hindraf yang membantah langkah yang diambil Kerajaan malah menuduh ‘task force’ yang diadakan di peringkat Kementerian sebelum ini sebagai ‘wayang kulit’ semata-mata. Manakala Ahli Parlimen DAP Klang, YB Charles Santiago berpendapat tindakan yang diambil adalah tidak masuk akal dan mendakwa bahawa perbuatan tersebut membuktikan kerajaan menyokong pemerkasaan kuasa Mahkamah Syariah.

Read more at: https://www.menara.my/buang-klausa-tukar-agama-anak-sisters-in-islam-g25-hindraf-dap-sebulat-suara-bantah/