EPL Sambut Ulangtahun Ke 25
Oleh Eddy Zakry
Musim 2017/18 merupakan ulangtahun ke 25 Liga Perdana Inggeris atau EPL ( English Premier League ).
Ia akan bermula pada 12 Ogos ini apabila juara bertahan Chelsea akan bertemu Burnley di dalam salah satu dari tujuh perlawanan hari pertama musim.
EPL bermula pada musim 1992/93 apabila 22 pasukan menarik diri dari Football League yang telah wujud selama 104 tahun.
Berikut adalah di antara fakta-fakta menarik EPL sejak kewujudannya,
Jumlah kelab pernah bersaing - 47 kelab
Jumlah kelab pernah menjadi juara - 6 kelab ( Manchester Unted 13 kali, Chelsea 5 kali, Arsenal 3 kali, Manchester City 2 kali, Blackburn Rovers 1 kali dan Leicester City 1 kali ).
Kelab dengan kemenangan terbanyak - Manchester Utd 604 perlawanan.
Pemain dengan penampilan terbanyak - Ryan Giggs ( Manchester Utd ) 632 perlawanan dari 1992 hingga 2014.
Penjaring gol terbanyak ( pasukan ) - Manchester United 1,856 gol.
Penjaring gol terbanyak ( pemain ) - Alan Shearer ( Blackburn Rovers dan Newcastle United ) 260 gol.
Penjaga gol dengan paling banyak perlawanan tanpa melepaskan gol - Petr Cech ( Arsenal dan Chelsea ) 190 perlawanan
Jumlah perlawanan - 9,746
Jumlah penonton - Melebihi 313 juta.
Penonton paling ramai - 76,069 pada perlawanan di antara Manchester United dan Blackburn Rovers di Old Trafford, 31 Mac 2007.
Jumlah pemain yang pernah bermain sekurang-kurangnya 1 perlawanan - 3,835 orang
Jumlah negara yang rakyat mereka pernah bermain sekurang-kurangnya 1 perlawanan - 113 negara termasuk Pakistan, Seychelles dan Guinea-Bissau.
Jumlah pengurus yang pernah menguruskan sekurang-kurangnya 1 perlawanan - 221 orang
Pengurus dengan perlawanan paling banyak - Alex Ferguson ( Manchester United ) 810 perlawanan
Pengurus dengan perlawanan paling sedikit - Les Reed ( Chatlton ) 7 perlawanan
Pasukan yang menggunakan paling ramai pengurus - Southampton 16 pengurus.
Post a Comment