IDE: Jika pembangkang bergabung, BN tewas di 8 negeri
"Rakyat dibahagi dua, satu pakatan pembangkang dan satu lagi BN dan ini hasilnya Pakatan campur PAS, tak kiralah apapun namanya, mendapat 59 peratus undi termasuk lapan negeri jatuh ke tangan pembangkang,” - Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Kaji selidik dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati BN akan tewas di peringkat Persekutuan dan kehilangan lapan negeri jika Pakatan Harapan (PH) dan Pas bekerjasama mewujudkan pertembungan satu lawan satu menentang BN di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).
“Apa yang nak saya tonjolkan berdasarkan survei kita adalah apa akan berlaku sekiranya gabungan pakatan pembangkang kekal.
"Rakyat dibahagi dua, satu pakatan pembangkang dan satu lagi BN dan ini hasilnya Pakatan campur PAS, tak kiralah apapun namanya, mendapat 59 peratus undi termasuk lapan negeri jatuh ke tangan pembangkang,” kata Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Beliau berkata demikian pada sidang media Survei Malaysia 2017, #MoodRakyat – Kajian Trend Masyarakat Malaysia Dalam Isu Semasa di Auditorium IDE, Bangunan IDE di Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, BN akan tewas di peringkat Persekutuan dan kehilangan lapan negeri sekiranya PRU14 diadakan dalam tempoh enam bulan daripada sekarang.
Menurut IDE, Negeri yang BN akan tewas kepada pembangkang adalah Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Melaka, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.
Katanya, sokongan 59 peratus itu merupakan satu kedudukan yang kukuh bagi menjamin kemenangan pembangkang di peringkat Persekutuan pada PRU14 nanti.
Katanya lagi, kajian terbaru ini juga mendedahkan sokongan diperoleh BN sebanyak 46 peratus pada PRU13 merosot tujuh peratus kepada 39 peratus ketika kajian ini dijalankan.
Kata beliau, sokongan terhadap pembangkang pula melonjak lima peratus daripada 54 peratus pada PRU-13 kepada 59 peratus dalam tempoh sama.
Post a Comment