Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Tan Sri Khalid Ibrahim: "Jangan jadi lembu yang putus tali"



Assalamualaikum.

Genap tiga tahun sejak Dato Saifuddin Nasution dan PKR memohon maaf daripada saya kerana membuat pelbagai fitnah yang disebarkan melalui laporan setebal 91 mukasurat semata-mata mahu menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pemimpin rakyat.

Saifuddin dan PKR juga telah memberi akujanji tidak akan mengulangi fitnah-fitnah mereka. Malangnya saya telah diberitahu akhir-akhir ini perkara fitnah itu ditimbulkan semula oleh PKR dan pimpinan tertinggi mereka. Kalau lembu boleh berpegang pada tali, manusia pula kena berpegang pada janji. Jangan jatuhkan martabat kita seperti lembu yang putus tali. Bila tali terputus bertempiaran tidak menentu haluan diri.

Di sini saya berkongsi pautan yang dimuatnaik oleh peguam saya Saudara Edmund Bon untuk rakan-rakan yang sudi untuk membaca Penghakiman Persetujuan (Consent Judgment) yang direkodkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Ogos 2014.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1632434847041143&id=1510859365865359