Pulau Pinang: PCM tanya mana duit RM 220 juta bagi Projek Pencegahan Banjir Kilat?
Mana pergi RM 220 juta wang rakyat bagi projek pencegahan banjir kilat di Pulau Pinang?
1. Sejak seminggu yang lalu, Pulau Pinang telah ditimpa bencana yang sangat hebat dimana hampir keseluruhan negeri ditenggelami air sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan satu kes kematian melibatkan seorang rakyat Pulau Pinang. Namun malangnya, respon kerajaan negeri terhadap bencana ini amat menyedihkan dan menunjukkan kelemahan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang dalam menangani isu banjir.
2. Lebih mengejutkan, didalam ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2017, beliau telah dengan secara jelas membuat kenyataan bahawa:
Saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memperuntukkan wang yang paling besar sebanyak RM 220 juta untuk pencegahan banjir kilat di seluruh Pulau Pinang
Sumber : https://www.penang.gov.my/dmedia/359629-bajet-tahun-2017-negeri-pulau-pinang
3. Persoalanya sekarang, memandangkan kerajaan Negeri Pulau Pinang konon nya telah memperuntukkan RM 220 juta wang rakyat untuk projek pencegahan banjir kilat, sudah berapakah peratus wang ini dibelanjakan untuk projek pencegahan banjir demi menjaga keselamatan rakyat di negeri ini?
4. Selain itu, memandangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng kini sudah didakwa di mahkamah atas kes rasuah dan salah guna kuasa, saya ingin bertanya kepada Lim Guan Eng kontraktor manakah yang telah diberi projek pencegahan banjir kilat di negeri Pulau Pinang dan apakah kriteria yang digunakan untuk melantik kontraktor ini?
5. Persoalan - persoalan diatas adalah wajar memandangkan wang RM 220 juta ini merupakan wang rakyat dan dengan persepsi kerajaan negeri yang telah terbukti korup, perkara ini harus diteliti dengan telus supaya tidak berlaku ketirisan dalam urusan perbelanjaan kerajaan negeri.
6. Saya juga ingin mengingatkan kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa jumlah RM 400 yang diberikan kepada setiap keluarga sebagai pampasan akibat banjir yang melanda baru - baru ini adalah langsung tidak cukup. Adakah kerana kerajaan negeri sudah tidak ada duit sehingga hanya RM 400 yang diberikan kepada setiap keluarga sebagai pampasan dan apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah mahu bankrupt ?.
Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia
Post a Comment