Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Israel jual senjata kepada Myanmar



TEL AVIV - ISRAEL. Rejim Israel telah menjual senjata bernilai puluhan juta dolar secara berterusan kepada Myanmar walaupun selepas kempen keganasan yang dilancarkan ke atas penduduk Islam Rohingya mendapat perhatian dunia

Perkara itu didedahkan akhbar Haaretz, semalam yang turut mendakwa Tel Aviv membekalkan bot tentera laut, Super-Dvora MK III sejak April lalu apabila tatmadaw berdepan tuduhan melakukan jenayah perang.

"Gambar bot tersebut yang dikeluarkan tentera Myanmar menunjukkan senjata kawalan jauh dihasilkan Elbit Systems di Israel juga dipasang pada kapal peronda terbabit.

"Urus niaga kapal peronda tersebut hanya sebahagian daripada transaksi lebih besar ditandatangani Israel dan Myanmar," menurut laporan tersebut.

Jelas laporan itu lagi, Yangon pernah membeli peluru berpandu udara ke udara dan meriam dari Tel Aviv sebelum ini. - Press TV