Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Amaran hujan lebat peringkat merah di P. Pinang, Kedah



KUALA LUMPUR: Penduduk di utara Semenanjung Malaysia khususnya di Pulau Pinang dan Kedah perlu berwaspada dengan keadaan cuaca buruk yang melanda negeri-negeri itu, dijangka berlarutan sehingga Ahad, 5 November ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Melaysia) dalam satu kenyataan terkini (9.30 malam, 4 November) memberi amaran mengenai hujan yang sangat lebat dan berterusan berserta angin kencang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang dan Kedah (daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu).

Setakat ini, keadaan di George Town memburuk hinggakan tiga penerbangan yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terpaksa berpatah balik dan dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL).

Hujan lebat sejak jam 2 petang Sabtu menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya George Town dan Seberang Perai dinaiki air.--ASTROAWANI