Ciri-ciri Pemimpin Terlibat Keganasan
Ciri-ciri yang biasa ada kepada seorang pemimpin yang terlibat dalam kegananasan:
1. Amat sukar untuk muncul di khalayak umum. Mereka berada di satu lokasi rahsia dengan kawalan amat ketat.
2. Hanya muncul di hadapan umum dengan kawalan keselamatan tahap tertinggi. Contohnya, sebelum Presiden Amerika melakukan lawatan ke sesuatu tempat, sebulan sebelum acara lawatan tiba, Special Force (Unit Khas) yang mengawal keselamatan Presiden akan pergi terlebih dahulu dengan peralatan keselamatan yang dimuatkan dalam sebuah kapal terbang. Mereka bawa segala-segala keperluan Presiden termasuk The Beast, kereta rasmi Presiden yang mempunyai cermin kalis peluru hampir setebal bata jongkong! Setiap langkah Presiden akan dirancang secara rapi dan sistematik dengan setiap aspek keselamatan diambil kira. Begitulah takutnya mereka dengan kematian.
3. Hosni Mobarak ketika menjadi Presiden Mesir, bila dia nak lalu melalui jalan raya, jalan tersebut akan ditutup selama berjam jam daripada dilalui pengguna. Konvoi Presiden akan menggunakan beberapa buah kereta yang sama jenis sehingga khalayak awam tak tahu Presiden berada dalam kereta yang mana satu.
4. Saddam Hussein amat jarang malah hampir mustahil boleh dilihat di depan umum selepas Perang Teluk. Saya yang duduk di Iraq selama 6 tahun hanya dapat tengok patung dan gambarnya sahaja. Pasukan Khas Pengawal Presiden hanya diambil dari Kabilah at Tikriti iaitu Kabilah Saddam sendiri dengan diketuai oleh anaknya Qusay Saddam Hussein. Keluarga terdekat dikira mempunyai kemungkinan yang amat rendah untuk khianat.
Sekadar cerita tentang beberapa orang pemimpin. Kalau cerita tentang pemimpin pengganas yang bergerak secara subversif bawah tanah, ia lebih rumit dan kompleks lagi.
Kerana itu, siapa yang kenal kehidupan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang hidup di sebuah rumah kayu tepi Masjid Rusila, tanpa pagar tinggi dan tanpa pengawal keselamatan, boleh didekati dengan sangat mudah oleh semua orang, tak pernah pakai jaket kalis peluru, tampil di hadapan khalayak seluruh pelusuk negara dan dunia.
Mana mungkin orang boleh percaya bahawa Tok Guru ada kaitan dengan pengganas. Mujahid tak pernah kenal ke Tok Guru Haji Hadi sebelum jadi PAN? Dia tak pernah baca ke biografi kehidupan seorang peminpin pengganas?
Dr Azman Ibrahim
25 November 2017
Post a Comment