Kren tumbang Kampung Baru: Tiga cedera, kereta remuk
KUALA LUMPUR: Sebuah kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di Kampung Baru, ibu negara pagi tadi mengakibatkan tiga mangsa cedera selain beberapa kenderaan remuk.
Tiga mangsa kejadian kren “crane boom” yang jatuh di tapak pembinaansebuah projek pembinaan itu telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Menurut anggota Angkatan Pertahanan Awam, tiga mangsa terbabit disahkan seorang pekerja binaan dan dua orang awam.
Mangsa orang awam satu wanita lingkungan 30-an mengalami patah bahu dan seorang mangsa warga emas mengalami luka-luka akibat terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat libasan kabel kren.
Pemaju pembinaan UDA Holdings Bhd dalam kenyataannya menjelaskan, kerja-kerja pembinaan dihentikan sehingga siasatan berhubung kejadian selesai dibuat.
Post a Comment