Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

PH Lebih Sibuk Isu Anwar Banding Banjir Di P.Pinang



KETIKA rakyat di Pulau Pinang perlu bantuan kerana banjir terburuk dalam sejarah, pemimpin Pakatan Harapan (PH) pula lebih sibuk berarak ‘peringati’ Anwar Ibrahim 1,000 hari di penjara.

Bersama kira-kira 150 orang, perarakan bermula dari bangunan Parlimen ke Dataran Merdeka di ibu kota semalam. Seperti biasa acara itu dipenuhi ucapan pemimpin pembangkang hentam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini jauh berbeza dengan penghargaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri terhadap kerajaan pusat BN terutama usaha Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘turun padang’ tinjau keadaan.

Lebih malang apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut serta pada saat si anaknya pula kelmarin baru kepenatan ‘berdrama’ menitis air mata dengan musibah banjir di Pulau Pinang ekoran hujan lebat lebih 15 jam tanpa henti.

Setakat ini tujuh orang terkorban dalam banjir dahsyat di Pulau Mutiara sejak Sabtu minggu lalu, manakala sebelum ini 11 lagi terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bunga juga di negeri yang diperintah kerajaan DAP itu.

Sepanjang tahun ini sahaja, Pulau Pinang dilanda 21 kali banjir kilat dan bencana bah kelmarin disifatkan paling teruk dalam sejarah apabila menyaksikan angka kematian tertinggi dengan lebih 5,000 penduduk dipindahkan.

Malangnya, musibah itu semua tidak penting, pemimpin PH pula lebih seronok berkumpul dan berarak beramai-ramai manakala mereka yang hadir menyertai perarakan tersebut terus ditipu dengan pembohongan dan fitnah.

Ini termasuk tohmahan jahat konon Anwar merupakan tahanan politik akibat ‘permainan’ UMNO dan BN untuk terus kekal sebagai pemerintah walhal satu dunia maklum beliau dihukum penjara lima tahun atas kesalahan liwat.

Anwar disabitkan atas tuduhan melakukan perbuatan terktuk itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Malah perbicaraan beliau mencatat sejarah di dunia apabila merekodkan lebih 66 kali ditangguh!

Akhirnya keputusan Mahkamah Persekutuan, peringkat tertinggi dalam sistem kehakiman negara pada 10 Februari 2015 memutuskan Anwar bersalah. Perjalanan kes liwat kali kedua Anwar ini pula berlarutan hampir lapan tahun.

Sedihnya, ketika rakyat Pulau Pinang berduka termasuk gambar tular beberapa orang bukan Islam tumpang di surau dan foto keranda dibawa meredah banjir dengan sampan, para pemimpin PH pula ceria berarak di ibu negara.

Lebih penting bagi mereka adalah mengenang ‘nasib’ seorang pesalah seksual yang dihukum penjara selepas tiga mahkamah dengan sembilan hakim secara keseluruhannya mendapati Anwar bersalah meliwat pembantunya itu.

Paling kelakar, sehingga kini usaha terbesar dilakukan pemimpin PH sejak banjir teruk ini adalah minta ‘derma’ orang ramai tetapi dengan menyiarkan nombor akaun parti masing-masing yang cetus banyak persoalan misteri.

Manakala untuk operasi bantuan banjir, semuanya diserahkan kepada kerajaan pusat BN. Lebih lucu di Parlimen, DAP semalam menyalahkan Jabatan Meteorologi kerana konon tidak memberi amaran kepada penduduk terlibat.

Padahal peringatan awal mengenai hujan lebat dan amaran tahap jingga selain ramalan cuaca buruk sudah lama disiarkan pada 1 November iaitu tiga hari sebelum bencana menerusi siaran televisyen dan stesen radio tempatan.

Dalam akaun Facebook live dimuat turun oleh DAP, ternyata rakyat sangat marah apabila pemimpin PH ‘buang masa’ memperingati Anwar pada saat rakyat Pulau Pinang berhadapan waktu genting dilanda banjir terburuk.

Antaranya, netizen dikenali sebagai Peter Ash yang menyindir dengan berkara penjara, “Rasanya penjara tak kena banjir” manakala Pat blalang berkata, “People in Penang need ur attention! (rakyat Pulau Pinang perlu bantuan!)”

Ternyata ramai kutuk perarakan itu walhal isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail pula masih sibuk berarak dengan berbaju berwarna merah sambil memegang kipas berwarna biru bangga memegang plakad ‘1000 hari pengorbanan.’

Selain Kit Siang, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok turut hadir manakala majoriti lain ialah pemimpin PKR dan PAN. Jelaslah DAP mahu menunjukkan kasih sayang parti itu lebih kepada Anwar berbanding nasib rakyat.

Wan Azizah ketika berarak sempat berkata beliau rasa bersyukur dan gembira apabila ramai turut berarak bersama mengingati Anwar tanpa sedikitpun memikirkan keluhan rakyat Pulau Pinang yang terpaksa berhadapan banjir.

Barangkali Guan Eng jika Pulau Pinang tidak dilanda banjir, mungkin beliau tentu akan turut serta. Kasihan Ketua Menteri itu yang ‘terkontang-kanting’ sendirian sehingga akhirnya meminta bantuan daripada Ahmad Zahid pula.

Persoalannya, mana pemimpin PH yang selama ini konon mahu bela rakyat tetapi akhirnya Anwar dipuja hingga ada hari memperingatinya dalam masa sama melupakan derita warga Pulau Pinang? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA