Rawang Bypass Dibuka Secara Rasmi
Rawang Bypass dari jalan pintas Templer Park-Rawang-Serendah bakal dibuka secara rasmi. Projek Jalan Pintas Rawang dibina bertujuan mengatasi kesesakan lalu lintas yang telah berlaku sekian lama di Bandar Rawang. Menariknya, struktur jalan yang tinggi merentasi Hutan Simpanan Templer yang memukau antara tarikan utama selain memendekkan masa perjalanan Rawang Selatan ke Serendah.
JKR Malaysia | Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass)
MAJLIS PERASMIAN
Majlis perasmian Jalan Pintas Rawang akan berlangsung pada 28 November 2017 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Tapak Projek Jalan Pintas Rawang. Majlis perasmian hanya untuk tetamu kehormat atas jemputan sahaja. Pembukaan sebenar kepada orang awam dijangkakan pada sebelah malam atau keesokan paginya. Harap maklum.
Post a Comment