Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Rohingya: Dah banyak kali Myanmar mungkir janji


SHAH ALAM - Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization (Merhrom) tidak meletakkan harapan terhadap kerajaan Mynmar yang ingin mengambil langkah menyelasaikan krisis Rohingya di Wilayah Arakan. 

Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, kerajaan Myannar telah berulang kali memungkiri janji. 

“Mereka tidak pernah takut pada masyakat antarabangsa.

“Merhrom tidak yakin jaminan diberikan penasihat Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana ketika ini penindasan dan pembunuhan masih berlaku tanpa belaskasihan. 

“Tiada tanda-tanda junta tentera Myanmar akan menghentikan kekejaman mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Zafar Ahmad berkata demikian sebagai respons terhadap laporan Sinar Harian hari ini ‘Myanmar bertindak’ di mana Myanmar sedang mengambil langkah menyelasaikan krisis Rohingya. 

Menurutnya, di dalam perjanjian persefahaman Bangladesh dan Myanmar untuk penghataran pulang pelarian Rohingya pula tidak di dedahkan kepada umum isi kandungannya. 

“Ia boleh menimbulkan pelbagai persoalan meragukan kerana etnik Rohingya sangat bernilai untuk di perdagangkan ketika ini,” katanya.