Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Sabotaj bererti isytihar perang



SABOTAJ BERERTI ISYTIHAR PERANG.

Pada 17 November lepas, satu Majlis Permulaan Kerja telah berlangsung untuk Pusat Kegiatan Warga Emas di Taman Nirwana, Ampang.

Walau bagaimanapun pada 18 November kakitangan saya telah mendapati tembok batu-bata yang sedang dibina telah dipecahkan.

Tapak pusat tersebut adalah di bekas tapak Restoran Millenium Curry House yang tidak disambung lesen pendudukan sementaranya oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Saya memandang serius tindakan sabotaj ini kerana ia merupakan pengisytiharan perang ke atas rakyat terutamanya warga emas.

Di zaman BN, tapak tersebut telah dimanfaatkan untuk individu tetapi di bawah kerajaan negeri hari ini ia akan dimanfaatkan untuk seluruh rakyat.

Kita tidak boleh membiarkan sesiapa sahaja menghalang kerajaan negeri menyediakan kemudahan untuk rakyat.

Oleh itu, saya akan memohon kepada JKKK Kg Pandan, AJK Masjid Nurul Hidayah dan AJK Surau Darussalam yang berdekatan untuk membuat kawalan agar projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Apabila siap ia akan dilengkapi dengan gelanggang refleksologi, mesin senaman dan wakaf-wakaf.

Pembinaan pusat ini adalah melalui peruntukan Ahli Dewan Negeri Chempaka, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti PKNS.

Rekabentuk pusat ini adalah oleh MPAJ.

Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri Chempaka juga menawarkan RM1,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkap dan terdakwa mereka yang bertanggungjawab dengan sabotaj tersebut.

Pusat Khidmat boleh dihubungi di talian 03 9201 4411 pada waktu pejabat.

Saya juga diberitahu hari ini oleh Yang Dipertua MPAJ, Tuan Haji Abdul Hamid Hussin, bahawa beliau telah menerima surat membantah pembinaan di atas tapak tersebut.

Saya berharap pihak Polis akan dapat menyiasat sama ada terdapat hubungan di antara sabotaj dan bantahan ini.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Exco Kerajaan Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
19 November 2017