Sarawak: Impian besar Abang Johari
KUALA LUMPUR: Sarawak komited untuk mewujudkan ekosistem yang membolehkan ekonomi digital terus berkembang di negeri itu.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ekosistem yang bersesuaian akan membolehkan rakyat Sarawak meneroka peluang dalam ekonomi digital.
Katanya, tidak mustahil jika pelajar-pelajar sekolah di Sarawak suatu hari nanti akan berkemampuan membina aplikasi mudah alih, jika negeri berkenaan sudah dilengkapi dengan ekosistem digital yang sempurna.
Beliau berkata RM1 bilion diperlukan untuk membina lebih banyak menara telekomunikasi dan mewujudkan lebih banyak sambungan fiber optik dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.
“Dalam tempoh dua tahun, kita akan sambungkan Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan dengan teknologi fiber optik dan pengkomputeran awan.
"Apabila proses ini selesai, semua perkara akan boleh didigitalkan. Kita akan mengunakan teknologi fertagasi yang boleh dikawal menerusi sensor. Inilah Revolusi Industri Ke-4,” jelas Abang Johari.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual Agenda Khas Awani di Saluran 501, Astro AWANI di Kuching malam tadi.
Jelasnya bagi mencapai sasaran itu, Sarawak memerlukan ramai bakat dalam bidang keselamatan siber, kejuruteraan molecul dan pengaturcaraan sosial.
Sumber: Astro Awani

Abang Johari sebelum ini mengumumkan peruntukan RM500 juta bagi membangunkan internet berkelajuan tinggi di negeri itu.

Post a Comment