Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Ustaz Idris Ahmad jawab Fitnah PAN?


Semalam bukan undi atau sokong kenaikan harga barang atau sokong harga kenaikan petrol. Kenapa pula FITNAH mengatakan saya dan Kak Lah (MP Rantau Panjang) berkecuali dan sokong kenaikan harga barang dan petrol. Ini satu FITNAH. Semalam bahas mengenai RUU Perbekalan KPDNKK. Ertinya bahas peruntukan kementerian. Perbahasan peringkat ini sudah berlangsung sejak 14/11/17 hingga 28/11/17. Kenapa FITNAH kata saya dan kak Lah sokong kenaikan harga barang dan petrol?

Menjawab Fitnah.

Semalam bukan undi  atau sokong kenaikan harga barang atau sokong harga kenaikan petrol.  Kenapa pula FITNAH mengatakan saya dan Kak Lah (MP Rantau Panjang) berkecuali dan sokong kenaikan harga barang dan petrol. Ini satu FITNAH.

Semalam bahas mengenai RUU Perbekalan KPDNKK. Ertinya bahas peruntukan kementerian.  Perbahasan peringkat ini sudah berlangsung sejak 14/11/17 hingga 28/11/17.  Kenapa FITNAH kata saya dan kak Lah sokong kenaikan harga barang dan petrol. Boleh dengar ucapan kami mengenai perkara ini.

Setiap Kementerian ada pengundian setelah dibahaskan. Hari ini RUU Perbekalan  Kem Pengangkutan, Kem Tenaga,  Teknologi Hijau dan Air dan Kem Sumber Asli dan Alam Sekitar.  Semuanya perlu diluluskan dan diundi setelah dibahas setiap Kementerian.

 Semalam pihak PH minta undi belah bagi. Yakni bilang setiap ahli  MP yang hadir.  MP PAS telah mengambil sikap tidak mengundi (kecuali) ketika pengundian Perbahasan Bajet Dasar 13/11/17. ( saya sudah tulis perkara ini).

Saya HORMAT keputusan PH yang buat undi belah bagi. Tapi jangan fitnah sudah la. Kenapa tidak minta speker undi belah bagi dan menolak  RUU Kementerian Kerjaraya, sedangkan Kementerian ini yang menjaga lebuh raya dan tol. Bukankah tol juga merupakan faktor kenaikan harga barang seperti harga petrol.

Alhamdulillah saya sempat membahas RUU Kem Kerjaraya semalam.


Ini penjelasan saya, boleh hendak kata apa pun pada saya. Hendak terima atau tidak terpulang kepada masing-masing. Saya manusia biasa, bukan maksum. Ini biasa dalam perjuangan. Cuma jangan FITNAH saya dan Kak Lah sokong kenaikan petrol dan barang. Kami tidak pernah berkompromi dalam masalah penindasan kepada rakyat.

Boleh dengar ucapan kami di dalam parlimen dan juga di luar parlimen.  Kalau hendak FITNAH  juga,  teruskan sementara hayat di kandung badan. Saya tidak boleh menghalang orang hendak sebar FITNAH.

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan kepada kita semua untuk menegakkan Islam dan keadilan di atas muka bumi ini.

Hj Idris Hj Ahmad
MP Bkt Gantang
21/11/17 Selasa.