Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Usul Perkasa Mahkamah Syariah Selangor Ditolak Speaker Parti DAP


Shah Alam, Selangor: Usul untuk memperkasakan dan memperkukuhkan Institusi Mahkamah Syariah Negeri Selangor telah ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri dari parti DAP, Hannah Yeoh daripada dibahaskan. 

Berdasarkan surat rasmi bertarikh 6 November 2017, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Permatang Datuk Sulaiman bin Abdul Razak yang telah mencadangkan satu usul untuk memperkukuhkan Institusi Mahkamah Syariah Negeri Selangor dari segi struktur dan bidang kuasa perundangan termasuklah aspek infrastruktur dan tenaga manusia selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959. 

Akan tetapi, usul ini ditolak oleh Speaker Dewan sejajar dengan pendirian parti DAP yang menolak sebarang pemerkasaan Mahkamah Syariah.--MENARA.MY