Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

WhatsApp tampil ciri padam mesej




PERNAHKAH anda terhantar mesej tidak sepatutnya kepada penerima yang bukan orang dituju melalui WhatsApp?

Pastinya sesuatu yang memalukan apabila mesej tersebut mengandungi maklumat rahsia dan peribadi yang tidak sewajarnya diketahui orang lain.

Kini anda tidak perlu bimbang kerana kemas kini terbaharu WhatsApp memperkenalkan ciri memadam mesej yang baru dihantar dalam tempoh masa tertentu.

Melalui ciri yang terdapat pada sistem operasi Android, iPhone serta Windows Phone ini, anda boleh memilih sebarang mesej yang tersalah hantar dan memadamnya dalam perbualan individu serta kumpulan.

Berikut langkah-langkah mudah yang perlu diikuti untuk memadam mesej anda:

1. Langkah pertama, pilih mesej berkaitan yang anda ingin padam.

2. Tekan pada mesej yang ingin dipadam selama tiga saat hingga muncul paparan pilihan.

3. Kemudian, anda boleh memilih sama ada memadam mesej hanya pada peranti anda sahaja (pihak kedua masih boleh membacanya), atau memadam mesej untuk semua pembaca dalam perbualan tersebut.

4. Paparan mesej anda akan diganti dengan mesej 'You deleted this message'.

5. Akhir sekali, mesej berkenaan haruslah dipadam dalam tempoh kurang tujuh minit dan selepas tempoh itu, mesej yang dipilih tidak boleh dipadam lagi.--AstroAwani